Selesai makan mee goreng, kami sambung tidur hingga pukul 4 petang. Tak pernah aku tidur lama seperti ini sepanjang PKP. Sajalah sekali sekala melayan rasa tidur/malas ini.
Aku bersiap balik ke shah alam dan membawa balik kek batik, suku bulatan cheesecake dan 1kilogram dark coklat compound yang aku beli petang semalam. 3 kilogram terlalu banyak Kairul cakap, yang sememangnya betul. Aku tak tahu apa yang aku fikirkan tatkala membeli 2 kilogram dark coklat compound itu.
Sampai2 di Shah Alam ada laksa. Ngah masak kerana mak teringin. Sedap kuahnya yang menggunakan ikan kembung dan ikan sardin. Mak nampak ok sikit, walaupun masih tidak mampu berdiri sendiri, apatah lagi berjalan. Suaranya lebih jelas dan ceria juga nampaknya. Adik melawat ayah dihospital tengah harinya, menyatakan ayah ok, tidak sakit lagi di dada. 22 April ini mesin vakum itu akan dibuka untuk melihat perkembangan luka ayah.
No comments:
Post a Comment