Tuesday, October 12, 2021

Rentas

 Hari ini Ismail Sabri umumkan bermula esok (Isnin) sudah boleh merentas negeri. Perkara pertama aku terfikir adalah untuk telefon Cikgu Dollah dan tempah chalet Pengkalan Balak.

Wednesday, September 29, 2021

Bawa Ayah

Pagi tadi bawa ayah full medical check up di Hospital Avisena. Aku dan Kairul balik shah alam malam sebelumnya, bawa biskut subway seperti yang diminta Luth.


Kairul mulanya aku drop di Starbucks Plaza Shah Alam tapi dia kemudian datang guna grab dan lepak di kafe bawah Hospital Avisena.

Check up lancar. Aku dan ayah daftar di Klinik Wellness pada pukul 9 pagi dan terus ambil darah dan komposisi badan. Kemudian ayah dibawa guna shuttle ke Avisena Women and Children untuk scan kerana penuh di Hospital Pakar Avisena ini. Aku lepak di Kafe Gloria di bawah sementara menunggu ayah kerana aku tidak dibenarkan ikut. Pulang dari scan ayah sambung ambil air kencing dan bertemu dietitian. Otot ayah ok bahagian atas tapi lower body lemah. Perlu senaman kuatkan lower body. Kami pulang ke rumah sementara tunggu keputusan pukul 2.30 petang.

Semua keputusan baik2 sahaja, kanser marker pun semua negatif. Gula dalam darah agak tinggi, 8.5 berbanding normal 6.7. Perlu kawal pemakanan ayah.

Aku semakin baik hari ini. Tiada lagi perasaan kuat sampai menangis kalau teringat Mak. Betul, kena fokus pada yang hidup. Ada ayah yang boleh ditumpahkan kasih sayang. Rindu mak, tapi hari ini rindu yang buat tersenyum.

Sunday, September 26, 2021

Red Tapes

 Aku buat kecoh di Amanahraya Jalan Ampang petang tadi.


Untuk menguruskan duit mak dalam Tabung Haji, surat kuasa diperlukan dan AmanahRaya antara badan yang boleh keluarkan surat kuasa.

Aku masih cuti minggu ni, rasa tidak sedia lagi menghadap kerja. Pagi aku hubungi Amanah Raya Shah Alam dan berjaya dapatkan temujanji isnin depan. cuma aku musykil kenapa dia suruh bawa sijil kematian dan surat beranak sahaja. Aku hubungi careline dan setelah beberapa percubaan dapat juga bercakap dan mereka memberi dokumen2 yang perlu dibawa dan diisi, namun panggilan terputus tanpa sempat beritahu semua proses. selepas itu aku cuba hubungi nombor sama, dari pagi sampai tengah hari namun masih gagal.

Hinggalah pukul 2.30 ketika aku cuba hubungi lagi, aku terus rasa sempit didada, dan situasi telefon banyak kali tak berbalas itu mengingatkan aku pada situasi aku cuba hubungi hospital selayang banyak kali baru lepas. aku terus putuskan untuk pergi ke pejabat Amanahraya Jalan Ampang.

Sampai di sana pengawal beritahu aku tak boleh masuk. Perlu temujanji katanya kerana protokol Covid. Aku lihat ada dua orang perempuan sedang sibuk mengangkat telefon di kaunter di depan pintu masuk. Kaunter pejabat Amanahraya pula betul2 di belah kanan selepas masuk dari pintu utama.

Aku hanya bertahan selama 2 minit sebelum aku merayu pada dua perempuan itu yang aku hanya mahu bertanya tentang surat kuasa. Aku meluru masuk dan bertanya pada mereka tapi mereka menyuruh aku duduk di kerusi yang disediakan di luar pintu.

Tuesday, September 21, 2021

Mak pergi.

Dulu ingat faham makna "hadirlah walau dalam mimpi" apabila rindu seseorang.

Tapi sekarang baru tahu sakitnya rindu, mimpi pun susah menghadirkan yang tersayang.

Mak meninggal semalam. Doktor telefon pukul 4.48 petang memberitahu mak sudah tiada. Berderau darahku meluncur ucapan Allahuakbar. Doktor Amira memberitahu untuk datang ke wad 9D pukul 6 dan kemudian ke forensik untuk tuntut jenazah. Kairul ada disisi ketika itu, menangis dan terus menangis aku. Kairul memanggil adik di bilik sebelah. aku perlahan memberitahu adik. Kemudian ngah. Ayah sedang tidur ketika itu. Ngah keluar kejutkan ayah. aku masih dalam bilik mak menenangkan adik, juga diri sendiri. Aku gagahkan diri keluar bilik dan memberitahu ayah. Fatiha juga ada diruang tamu.

Pecah tangisan.

Sunday, September 19, 2021

9 hari Mak di Hospital Selayang

Pagi tadi mak swab, keputusan esok dan jika negatif dan ada katil kosong di wad biasa, dapatlah aku menemankan mak.

Malam ini aku rasa marah memikirkan konsep wad saringan yang menyebabkan mak jadi PUI dan perlu dikuarantin 10 hari.

Thursday, September 16, 2021

Seminggu Mak di Hospital Selayang

 Sudah seminggu mak di Hospital Selayang. Mungkin kerana telah beberapa kali keluar masuk hospital, aku tidaklah memikirkan sangat akan kemungkinan2 yang bakal berlaku. Bawa mak ke wad kecemasan, mak warded, jaga mak mungkin beberapa hari, kemudian discharge baliklah rumah.

Tapi dari hari masuk ke kecemasan sudah serasa tak kena. Langsung tak boleh jengah, aku menunggu dari pagi sampai pukul 4 petang diluar hanya untuk diberitahu mak akan dibawa ke wad saringan dahulu sebelum dibawa ke wad biasa. Prosedur Covid katanya. Aku hampa tapi kukatakan pada mak satu malam sahaja ya, esok aku datang setelah keputusan swab mak negatif.
Pagi sabtu aku pergi dahulu kafe, pasar, temankan kairul beli TV sampai pukul 3 barulah aku bergerak ke hospital. Sampai disana aku menunggu lagi kerana keputusan swab mak masih belum keluar. Pukul 4.30 petang nurse telefon memberitahu ada pesakit dalam wad saringan yang positif, jadi mak kini berstatus PUI, kena tahan dalam wad saringan dan kuarantin selama 10 hari. Luluh hati aku memikirkan mak tiada keluarga dapat jaga. Inilah yang mak sangat takut. Di hospital tiada keluarga yang dapat jaga. Aku menangis, tambahan memikirkan aku yang bersungguh hantar mak kesini walaupun mak dan ayah mahu pergi ke swasta. Nurse ada memberitahu mak boleh keluar dan sambung kuarantin dirumah jika mak dah ok.
Hari Ahad aku dapat telefon mak petang. Mak ada cakap doktor masuk darah. Lega dengar suara mak. Malam itu dapat juga telefon mak. Mak baru lepas solat Isyak katanya, masih cuba ambil wuduk walapun aku kata tayamum cukup.
Isnin aku telefon hospital, nurse cakap mak perlu buat scope dahulu untuk pastikan tiada pendarahan dalaman. Tak boleh lagi discharge. Aku cuba hubungi mak tapi x diangkat. Mungkin tidur agaknya.
Selasa aku masih tak dapat hubungi mak. Nampak dua cek di whatsapp tapi tidak biru. Setelah berkali2 cuba hubungi wad, akhirnya tengah hari dapat bercakap dengan doktor. Doktor Farah beritahu mak punya paras oksigen akan berkurang jadi 85% apabila dibuka saluran oksigen. Juga pemekat darah mak rendah, maka tak boleh buat prosedur scope takut akan luka. Aku masih tak dapat hubungi mak. Doktor cakap mak banyak tidur, dan mamai2.
Rabu bercakap dengan doktor mak masih kena dimonitor kerana paras oksigen rendah. Juga masih kena tinggal di wad saringan sampai Isnin.
Malam rabu aku dapat panggilan dari doktor Vivian yang menyatakan mak sesak nafas dan perlu melakukan prosedur buang air dari paru2 sekali lagi. X ray baru tunjukkan paru2 kanan masih banyak air. Kemudian doktor kata tentang jika mak masih sesak nafas selepas ini, ada kemungkinan mak perlu bantuan ventilator, dan untuk itu mak perlu ditidurkan. Sunyi alam terasa, air mata jatuh dan juga tak tahu apa perlu kuberitahu adik beradik. Aku iyakan sahaja kata2 doktor. Kairul peluk dan menenangkan aku. Usai menangis aku hubungi adik ngah dan long. Kemudian aku hubungi Opo untuk tanya pendapat. Opo menenangkan aku dan memaklumkan tentang pesakit liver cirrosis yang memang akan menghadapi masalah2 seperti apa yang mak lalui. Hujung perbualan, Opo cuba untuk perlahan2 memberitahu aku mak sebenarnya dah terminally ill, memang tiada ubat dan harapan untuk sembuh itu hampir tidak ada. Apa yang boleh dibuat sekarang adalah untuk mengurangkan kesakitan dan memberi keselesaan pada mak. Aku berjaga hingga 2 pagi malam itu untuk tahu perkembangan mak. Pukul 2 pagi aku telefon, nurse menjawab doktor turun ke bawah bawa sampel darah. Prosedur buang air telah selesai.
Tengah hari khamis doktor telefon memberitahu 1.5 liter air dikeluarkan dari paru2 mak semalam. Kerana keadaan liver cirrosis, air akan berkumpul semula di paru2 doktor cakap. Kemudian satu lagi "bom dijatuhkan". Doktor meminta kebenaran untuk DNR (tiada cpr atau intubation) jika jantung mak berhenti. Kerana keadaan komorbiti mak (hati, buah pinggang dan jantung), maka CPR dan intubation hanya akan menyebabkan keadaan jadi lebih teruk. Sekali lagi aku menangis. Kairul cadangkan pulang ke Shah Alam jumpa ayah. DI shah alam ayah aku lihat ok luaran, tapi tidak tahulah hatinya. Adik dan ngah terima sahaja cadangan doktor kerana memang itulah yang terbaik. Pukul 3 aku dan kairul gerak ke Hospital bawa buah untuk mak. Malamnya dapat hubungi doktor. Aku meminta jika dapat video call dan doktor bersetuju untuk gunakan telefonnya. Pukul 10 malam aku lihat mak sudah dipakaikan saluran di hidung, aku agak untuk makanan. Mak buka mata dan respon dengan gerakan muka pada soalan kami. Cuma mak kerap meminta air kerana haus. Sedih melihat keadaan mak..

Sunday, June 06, 2021

PKP Lockdown

 Hari ini genap seminggu PKP 3.0, atau full lockdown, atau PKP penuh, atau.. entah la apa namanya yang sebenar aku pun tak tahu.

Kali ini aku putuskan memang tidak mahu balik shah alam kerana cuak. Mak ayah belum divaksin, dengan kes kematian sudah 2 minggu berada di 3 angka. Setakat ni mak faham la aku tak dapat balik sebab lockdown.

Sabtu minggu lepas aku dan Kairul dapat vaksin. Kami ambil Astra Zeneca yang dibuka pertama kali untuk orang awam yang mahu ambil. Kami sampai dalam pukul 3.15 petang selepas parking di Putra Mall. Penuh orang berkumpul di depan pintu masuk PWTC. Rupanya tengah hari 12,30 sampai 2 PPV ditutup untuk dibersihkan. Lomu yang patut divaksin 12.30 hanya dapat masuk pukul 2.20 petang, Kami beratur di luar dari pukul 3.30, dan hanya dapat masuk pukul 5.45 petang. Setelah masuk, pergerakan lancar dan kami dicucuk pada pukul 6.30.



Kami beratur dari tempat parking berpusing
 PWTC

Selepas dicucuk kami diberi penerangan tentang dos kedua dan kemungkinan kesan sampingan selepas vaksin. Kami duduk di tempat permerhatian selama 15 minit sebelum dibenarkan balik.

Terdapat papan tanda untuk selfie pasca vaksin

Baliknya kami singgah food court Putra Mall membeli makan malam. Aku beli Burger Daging Pak Nik manakala Kairul beli Pad Krapow ayam. Malamnya cuma rasa lenguh pada tempat cucuk, tidak ada demam. Cuma hari esoknya rasa sakit kepala dan rasa seram sejuk. Hari ketiga sudah ok.








Wednesday, May 19, 2021

Mencuba plant based diet

Dek kerana menonton seaspiracy dan game changer di netflix, kami putuskan untuk mencuba plant based diet selama 2 minggu sebelum divaksin.

Aku jangkakan tidaklah sukar bagiku kerana memang aku suka makan sayur dari kecil.



Lunch hari pertama. Tumis cendawan dan lobak, air fry tauhu dan salad




Sarapan hari kedua. Lempeng oat, mangga dan bayam brazil




Lunch hari kedua. Pasta edameme dengan roasted cashewnuts dan bayam brazil.




Sarapan hari ketiga (hari ini). Sandwich peanut butter dengan pisang dan roasted pumpkin seed.


Lunch hari ini. Pajeri terung dengan nasi dan salad. Aku menggantikan udang kering semasa menumis dengan sos plum. tapi lain kali aku mahu cuba vegetarian oyster mushroom pula.


Rasa ok sahaja tanpa daging. tiada masalah buang air, and tak ada rasa terlalu kenyang, mungkin juga kerana kami kawal jumlah hidangan.



Kami juga mencuba membuat sendiri tempe, esok mungkin jadi!






Saturday, May 15, 2021

Tanya

Dia bertanya dimanakah kau tatkala semua berkumpul, 

seperti mengerti bahawa kau adalah sebahagianku, 

yang sebahagian dari keluarga ini. 

Tanpamu, tidak lengkap. 

Kau perlu ada.

Tuesday, May 04, 2021

Bibik-bibik

 Lagi seminggu lebih raya akan menjelma. Sabtu lepas Bibik Ika lari, bibik kedua lari selepas Bibik Yani. Kali ini tahan la sebulan lebih. Pada awalnya aku tenang memikirkan ada 4 bulan waranti dari ejen Fadilah. Tapi petang sabtu itu Ngah terima whatsapp dari seseorang yang duduk sekali dengan ejen Fadilah mengatatakan Bibik ada disana diambil oleh ejen. Perempuan itu dapat nombor Ngah setelah bibik meminta tolong dia untuk padam dan blok nombor2 kami adik beradik. 

Kecewa. Aku dan Ngah pergi kerumah ejen itu pada pukul 5 petang mahu menuntut wang deposit kami. Dia menafikan tahu kemana bibik pergi, dan pada awalnya menawarkan untuk mengganti bibik. Ngah sudah tekad tidak mahu ganti bibik kerana tahu scam ini yang akan selalu bertukar bibik untuk mengaut untung deposit. Aku tak banyak bercakap, cuma sesekali menyatakan kami akan tunggu untuk mendapatkan duit kembali. Setelah banyak dolak dalih, ejen pun keluar mencari duit dari along dan jiran2, dia hanya dapat kumpulkan RM1000 sahaja. DIa berjanji untuk memberi baki pada hari Isnin. Memandangkan sudah pukul 8.30 malam, aku dan ngah putuskan ambil dahulu duit dan datang kembali Isnin nanti.

Ayah menegaskan jangan ambil lagi pembantu. Tapi bagaimana mak dan ayah di rumah terutamnya siang hari apabila tiada orang? aku ada menawarkan untuk tinggal dengan aku sementara tetapi ayah menolak. Aku faham memang tak biasa di rumah aku, lagipun tidak ada cucu cucu, tentu rindu.

Sekarang ini kami lihat dulu macam mana ayah boleh ke dengan mak berdua di rumah. 


Wednesday, April 07, 2021

Ulang ulang

Setiap saat bersamamu mahu ku ulang ulang,

ketika membelek tomato merah di Hero

atau ditampar angin pagi sepanjang Akleh

mahupun tercengang menonton Vincenzo 

dan sekadar berbaring bersebelahan.





Tuesday, January 12, 2021

Darurat

 Hari ini hari pertama PKP 2.0. Bukannya "back to square one" tapi lebih teruk kerana semalam sahaja ke mencecah 3300. Kecewa dan marah ketika melihat muka Muhyiddin menyampaikan ucapan pengumuman PKP kelmarin. Tambah sedih pagi semalam Agong keluarkan kenyataan darurat sampai Ogos 2021. 

Semalam juga hari terakhir Eka bekerja. Sepatutnya hari sabtu tetapi kerana PKP akan bermula rabu, takut pergerakan terbatas. Pembantu baru juga aku telah dapat melalui seoang ejen (Datin?). Bayaran sebanyak RM5000 kepada ejen dengan gaji 1300. Suryani namanya, muka macam garang tapi tengoklah nanti macam mana. Datin itu menghantar sendiri Suryani ke rumah. Aku di Ampang, jadi ngah dan adik yang menerima. Semua ok, cuma bab simpan gaji sebahagian itu Suryani tidak setuju kerana dia mahu semua. aku pun lupa untuk berbincang itu dengan ejen. Selepas menghubungi Datin, dia kata aku perlu bincang dengan Suryani kerana dia telah serahkan pada majikan jadi majikanlah kena bincang semua. Kami terpaksa terima sahaja kerana sudah bayar 5000 kan.

Eka yang sepatutnya tinggal di rumah majikan makciknya terpaksa menukar rancangan tidur di rumah kawannya di Desa Mentari PJ kerana majiakn makciknya tak setuju lantaran PKP, takut mungkin. Aku rasa kasihan dan ada menawarkan rumah Ampang untuk Eka lepak sementara, tapi Eka ok sahaja duduk di rumah kawannya. Aku balik ke Shah Alam tengah hari bersama Kairul untuk membawa Eka. Mak tentulah sedih Eka mahu pergi, dan mengenangkan Eka bersama kami ketika mak dan ayah sakit, dan menjaga mak macam mak sendiri, aku rasa sangat berterima kasih dan kalau boleh aku mahu kasi bonus lebih lagi. Harap Eka selamat dan berjaya pulang ke Indonesia selepas PKP kerana aku boleh rasa akan rindunya dia pada anak2. tak boleh bayang 2 tahun berpisah dengan keluarga.


Menangis Mak dan Fatiha ketika salam perpisahan


Petangnya aku dan Kairul patut ada kelas Yoga di Babel tapi kami batalkan kerana takut tak sempat selepas menghantar Eka. Lagipun aku rasa sedikit tak semangat kerana PKP. Harap sekejap sahaja la PKP dan boleh kembali ke Babel kerana aku suak pada rutin harian ke Babel. Kalau mahu bersenam sendiri memang aku susah untuk konsisten.
Memandangkan waktu terluang, petang itu kami menonton Reputation World Tour di Netflix. Kairul sekarang sudah gila dengar lagu2 Taylor Swift terutama dari album Reputation dan 1989. Apanila difikirkan, memang genre yang Kairul akan minat pun kerana dia memang suka pada Balckpink, Pussycat Dolls yang susunan muziknya lebih kurang begitu.

Malamnya kami melawat rumah Ecot untuk ambil minyak gamat langkawi, tomyam daos dan ikan keli peliharaan mak ecot. Sambil itu dapat melihat ubahsuai rumahnya. Memang cantik, dan nampak mewah terutamnya dapur Ecot. Ecot hidang kami Mee sup dengan dim sum. 

Makan atas meja Kayu Nyatoh



Rentas

 Hari ini Ismail Sabri umumkan bermula esok (Isnin) sudah boleh merentas negeri. Perkara pertama aku terfikir adalah untuk telefon Cikgu Dol...