Sunday, September 26, 2021

Red Tapes

 Aku buat kecoh di Amanahraya Jalan Ampang petang tadi.


Untuk menguruskan duit mak dalam Tabung Haji, surat kuasa diperlukan dan AmanahRaya antara badan yang boleh keluarkan surat kuasa.

Aku masih cuti minggu ni, rasa tidak sedia lagi menghadap kerja. Pagi aku hubungi Amanah Raya Shah Alam dan berjaya dapatkan temujanji isnin depan. cuma aku musykil kenapa dia suruh bawa sijil kematian dan surat beranak sahaja. Aku hubungi careline dan setelah beberapa percubaan dapat juga bercakap dan mereka memberi dokumen2 yang perlu dibawa dan diisi, namun panggilan terputus tanpa sempat beritahu semua proses. selepas itu aku cuba hubungi nombor sama, dari pagi sampai tengah hari namun masih gagal.

Hinggalah pukul 2.30 ketika aku cuba hubungi lagi, aku terus rasa sempit didada, dan situasi telefon banyak kali tak berbalas itu mengingatkan aku pada situasi aku cuba hubungi hospital selayang banyak kali baru lepas. aku terus putuskan untuk pergi ke pejabat Amanahraya Jalan Ampang.

Sampai di sana pengawal beritahu aku tak boleh masuk. Perlu temujanji katanya kerana protokol Covid. Aku lihat ada dua orang perempuan sedang sibuk mengangkat telefon di kaunter di depan pintu masuk. Kaunter pejabat Amanahraya pula betul2 di belah kanan selepas masuk dari pintu utama.

Aku hanya bertahan selama 2 minit sebelum aku merayu pada dua perempuan itu yang aku hanya mahu bertanya tentang surat kuasa. Aku meluru masuk dan bertanya pada mereka tapi mereka menyuruh aku duduk di kerusi yang disediakan di luar pintu.

No comments:

Rentas

 Hari ini Ismail Sabri umumkan bermula esok (Isnin) sudah boleh merentas negeri. Perkara pertama aku terfikir adalah untuk telefon Cikgu Dol...