Friday, May 03, 2019

Fun afFair

Ribuan lampu berwarna warni menghiasi padang besar fun fair yang terletak dibelakang econsave. Aku lihat ferris wheel berpusing dengan kelipan mentol-mentol, juga kuda2 berpusing membawa kanak2 riang tertawa. Lagu rancak berdentum memeriahkan suasana membuat pengunjung seakan mahu menari. Dari parking kami berjalan melepasi pagar kecil, melihat permainan permainan yang memerlukan token satu atau dua.

Kami memilih bermain dihujung sekali. Dua token membolehkan kami mendapat 4 tin air. Konsepnya mudah, ada 8 warna di kaunter hadapan. Setiap warna ini mewakili warna yang sama dengan bola2 yang dilepaskan di dinding. Warna bola yang pertama jatuh masuk ke dalam lubang dikira sebagai warna pemenang.  Kami perlu meletakkan tin air atas warna pilihan. Satu tin air akan menjadi 6 tin jika menang. "Beginners luck" mungkin, warna yang kupilih menang. Aku tak ingat berapa kali aku main, tetapi paling banyak aku dapat 24 tin air. Hujungnya selepas mungkin dalam 10 kali bermain, aku berhenti. Tin air itu boleh ditukarkan kepada benda lain seperti patung mainan. Aku memilih patung anjing husky (bersamaan 13 tin air). Dengan baki 6 tin aku  bawa pulang.

Usai permainan itu kami naik ferris wheel. 2 token seorang. Kami sahaja yang  naik. Terakhir ferris wheel aku naik adalah semasa sekolah rendah dahulu. Teruja kerana lama juga pusingan kami naik. Sempatlah untuk beberapa kucupan ketika kotak kami berada paling atas, perkara yang tak pernah aku bayangkan. Bulan sabit kecil malam itu, melengkapkan pemandangan indah di awangan untuk mataku, sempurna melihat dia. Turun ferris wheel, kami agak keberatan untuk mencuba ride yang seperti bilah kapak itu. Baru minum xing fu tang, tentulah perut penuh, mahunya nanti termuntah. Tapi alang2, kami naik juga. Mula2 kami sahaja naik, kemudian ada pasangan cina naik sekali di belakang kami. Sewaktu ride bermula, aku jadi sangat teruja. Ketawa terbahak bahak aku untuk 4 pusingan, termasuk pusing 360 darjah. K pula menjerit tak henti2, literally menjerit. Selepas pusing kelima aku mula rasa pening, dan ada sedikit rasa loya nak muntah. Pasangan belakang kami diam sahaja. Tak tahulah takut ke atau sudah biasa. Terasa lama yang amat ride itu. Usai sahaja aku perasan diriku berpeluh2 dengan rasa loya sedikit. Tapi aku kembali ketawa, dan mengusik K akan jeritan tanpa hentinya.

Indah, mungkin inilah kebahagiaan yang selalu diperkata.


Rentas

 Hari ini Ismail Sabri umumkan bermula esok (Isnin) sudah boleh merentas negeri. Perkara pertama aku terfikir adalah untuk telefon Cikgu Dol...