Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Friday, February 23, 2018

Delhi

Kapal terbang MAS KL ke Delhi tidak penuh. Boleh kukatakan hanya separuh penuh. Kerusi aku di tengah, dengan 8 lajur kerusi. 3 kerusi Di sekeliling semua kosong. Syurga. Tambah dengan ruang kaki Yang luas, layanan MAS sangat mesra. Ada seorang pramugari dengan rambut paras bahu, comel menegur aku dengan semangat. "Travel seorang je ke?" Aku senyum dan angguk. Dia bertanya lanjut rancangan Aku yang dengan senang hati aku memberitahu. Perjalanan 5 jam sangat memuaskan, cuma satu perkara mengganggu aku. Marjerin diberi dan bukan butter untuk roti makan malam. Sedih pula fikir kenapa la sampai tahap kasi marjerin.


Kapal mendarat di lapangan terbang antarabangsa Indira Gandhi pada pukul 10 malam. Proses imigresen lancar dan sebaik keluar dari kastam aku cuba mencari dimana Meru teksi. Teksi yang dikatakan boleh diharap disini. Ye, aku seringkali diingatkan agar berhati2 disini kerana terlalu banyak scam.

Aku hidupkan telefon dan tiba tiba mesej WhatsApp masuk. Aku terkejut kerana signal 4G Ada. Daripada mesej perayauan maxis, mereka tulis "worry free data roaming..." Yang bodohnya kubaca sebagai "free data". Hanya sampai setelah naik tren ekspress ke Stesen Delhi Baru Aku perasan yang itu bukanlah percuma, hanya perayauan data adalah automatik jika aku on Kan data roaming. Habis melayang RM 38. Tapi Aku gantikan ralat dengan sedapkan hati jika tanpa data, Aku takkan perasan yang aku boleh naik express tren yang berharga 60 rupee (RM 3) berbanding Naik teksi yang lebih mahal.

Laluan perjalanan ke hotel. Banyak tempat berbau hancing, juga kotor.

Sampai di Stesen keretapi New Delhi, Aku memilih untuk berjalan ke zostel hotel (masih berhati2 dengan teksi dan tuk tuk). Adalah dalam 30 minit juga aku berjalan. Delhi bingit, dengan bunyi hon berpanjangan. Kotor juga dan kadangkala bau hancing menerpa ruang hidung dari dinding2 dijalanan.  Zostel hotel adalah hostel ringkas, dengan reception yang tak mesra langsung.


(Marudhar express Varanasi ke Jaipur 5:31 pm)

Saturday, February 03, 2018

Yangon, Myanmar

Kami bergerak meninggalkan New Wave Guest House pada jam 8.40 malam, lewat 40 minit daripada masa yang diberitahu oleh penyambut tetamu hotel. Masa menunggu itu aku gunakan dengan duduk di buaian betul betul dihalaman hotel sambil melihat bulan penuh. Hari semalamnya terjadi gerhana bulan, ditambah dengan fenomena super blue blood moon. Bulan bukan sekadar gerhana, tetapi menjadi warna merah setelah betul2 ditelan gelap.
Perjalanan ke Stesen bas Bagan aku penuhi dengan mengulang2 lagu Mld money oleh Lana Del Rey.

"If you send me I'll come to you
If you find me I'll run to you"


Bait lirik Aku terkenang pada A. Kisah Kami Aku pasti sudah selesai, namun setelah melihat call me by your name Aku merasakan kembali kehangatan pelukannya dan perbualan2 kami sebelum tidur yang berkisar tentang kenangan2 dahulu. Masihkah ada peluang? Aku rasakan tidak. Kami berdua sudah terbiasa sendiri. Kerja keras sangat diperlukan untuk menjayakan hubungan ini.


Kami sampai di Terminal Bas Aung Mingalar pada jam 6 pagi. Hiruk pikuk terminal seawal pagi ini agak mengejutkan aku. Setelah membandingkan harga Grab dan teksi yang ternyata sama, kami memilih teksi kerana senang urus tanpa perlu menunggu. 40 minit juga masa diperlukan untuk sampai ke Backpackers hostel di downtown Yangon. Bilik murah dorm menjadi pilihan Shahul. Aku layan saja.

Perancangan untuk hari ini memang tidak difikirkan lagi. Setelah berbincang sewaktu sarapan, Kami memutuskan untuk mencuba circular train Yangon dan petangnya ke Schwe Pagoda.

Kami bermula di Stesen Keretapi Yangon. Tiket adalah 200 kyat seorang untuk perjalanan sehari, tidak kisah naik turun sepanjang laluan. Sangat murah. Sela waktu adalah setiap 30 minit. Jadual boleh dilihat dikaunter tiket. Ketika Kami sampai, tren berikutnya adalah jam 9.30 pagi. Namun agak membingungkan kerana terdapat dua tren yang sampai serentak pada pukul 9.30 pagi. Ketika Aku dan shahrul bergerak menuju tren yang berwarna hijau (satu lagi berwarna putih), tiba2 ada seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 12 tahun mengikut Aku Dan kedengaran dia berkata "cigarette". Aku senyum padanya dan menolak dengan isyarat tangan. 3-4 kali jugalah budak itu bersuara mengikut aku sampai Shahrul perasan Yang dia sebenarnya berkata "circular" untuk memberitahu kami keretapi yang betul dan bukannya cigarette.

-turun Salah tren. Jumpa dhamma school yg Ada tempat sembahyang ikut Hari ( seperti yg diterangkan oleh gadis Bagan). Jumpa Kaw jugak, seamen Yang suka main chenlone. Pandai English , terangkan pasal sembahyang, dhamma school situ , Chenlone. Siap ajak pegi tournament chenlone nearby.
-‎naik balik tren, turun 2 stop after ke thamine. Ada pasar. Mcm2. Fresh flower, buah2, daging. Colorful, tp banyak lalat. Jalan, jumpa salon rambut lelaki. Murah gila gunting 1000 kyat je. Aku amek wash 1000 kyat, shahrul facial and wash.
-‎pegi insein. Solat jumaat. Indian Muslim? Then makan briyani yg sedap. Pastu Naik bas ke temple yg Ada chenlone. Lambat sangat kalau nak tunggu Kyaw. Aku mesej di FB messenger je. Menarik la, macam sepak Raga, siap Ada muzik tradisional and tukang komentar yang lebih kepada menyanyi. Then jalan blk ke Stesen. Panas. Habislah sunburn.
-‎then continue completing the circular. Nampak all the slums, kotor sbb poor management and also the lives of the people sepanjang tren.
-‎turun balik Yangon tren station, shahul Nak ke Chinatown. Aku beli jus Oren. Ada sekali Nak tangkap gamba, letak just Oren kt tepi. Tiba2 Ada budak amek kemudian tny dalam Bahasa Myanmar. Aku blur Jap. Rupanya dia mintak Nak minum. Aku Kasi dia amek Dan pergi ke mak dia yg tgh tidur kat tepi jejambat. Homeless mungkin. Aduhhh.
-‎otw ke Chinatown jumpa Masjid. Rupanya masih syiah. Mogul Shia masjid. Tgk ramai gak org kumpul. Masa dalam kawasan solat, Ada org tegur. Iqbal. Pernah kerja Malaysia. Dia terangkan malam ni Ada Majlis memperingati kematian Bibi fatimah. Kat mimbar Ada semacam altar. Tgh Kain hitam diatasnya Ada jari 5. Panca syahadah dia ckp. Belah laman ada Kain merah, Belah Kiri hijau. Husain Dan Hassan .

Monday, October 23, 2017

Mungkinkah



mungkinkah

jika aku dibenarkan bercinta sepenuh hati

aku akan mencintaimu semula tuhan?

mungkinkah

jika derita di dalam ini terubat

aku akan menerimu semula tuhan?

mungkinkah

jika aku dipeluk sayang setulus jiwa

aku akan kembali menangis sujud di depanmu, tuhan?



Wednesday, February 10, 2016

Tanah


Vakil Mosque. 12.38 pm

It was Zuhur prayer and i decided to join the pray in Vakil Mosque. I noticed everyone use the stone, which called Turbah. Lot of it are placed in a basket at the entrance of the mosque and you can simply grab it to use it during prayer.
Another peculiar thing was that there were this person who sit right beside the imam during prayer, but no praying. His task seems to hold the microphone and chant the takbir as per the imam.


Darul Quran, Shah Cheragh.

What am i doing here?
In a foreign land nobody speaks my language
None alike nor sounds the same
Yet i am not afraid
As the water from Zagros
Rush to the barren soil.

I admire this country, and its people.

Ali, seorang sukarelawan di Shah Cheragh (bermaksud Raja Cahaya) yang bertanggungjawab untuk menjadi tour guide kepada pengunjung dari luar negara. Menurutnya, Shah Cheragh mendapat namanya kerana seorang alim, Ayatullah Dastghaib sering melihat cahaya keluar dari kawasan ini. Setelah diselidiki, rupanya tempat ini adalah tapak pemakaman Ahmad dan Muhammad, anak kepada Musa al Kadhim imam yang ketujuh. Ahmad dan Muhammad telah dibunuh oleh tentera Abbasyiah sewaktu zaman penindasan kepada puak syiah oleh kerajaan ketika itu.

Fungsi turbah diterangkan lebih lanjut oleh Ali. Menurutnya, mereka berpegang pada hadis yang menyatakan bahawa sewaktu solat, dahi haruslah menyentuh bumi. Jika terdapat lapik seperti permaidani atau bahan yang bukan dari tanah atau batu, maka mereka akan menggunakan turbah.

Selain itu, pengertian turbah membawa jauh kedalam aspek falsafah dalam beribadat. Turbah yang bermaksud tanah liat adalah lambang kejadian manusia dari tanah yang harus sentiasa diingati oleh manusia. Tanah juga lambang kesucian, contoh seperti proses samak yang memerlukan tanah dan juga tayammum yang menjadikan tanah atau debu sebagai agen pembersih. Penggunaan turbah juga akan mengingatkan pada kematian kerana akhirnya manusia akan dikebumikan kembali pada tanah. Tanah yang digunakan boleh berasal dari mana mana sahaja, tetapi sentimen Karbala menjadikan tanah karbala dianggap lebih bermakna kerana sejarahnya.

Di hadapan Shah Cheragh Shrine

Saturday, February 06, 2016

Why travel?

Why travel? or why travel alone? Spending money for temporary visit to a foreign place where everything is new and... foreign.

why?

It's human nature, at least that how i see it. We are always crave for new things, new frontier and new achievement. Travel alone unlock that "new" checklist

Am I afraid? A little. But am i excited? Very much! Ayah and mak are dead worried but i've convinced them it is one of my "kembara".


My Karrimor, Tehran Khomeini International Airport

Sunday, December 28, 2008

Manchester

We woke up late today, not that late but considering to catch bus at 10.30 am to Manchester, waking up at 8.30 am is considered late. Me, Pejal, Ihsan and Raihan went to Paddington Station to meet lynn and CK. CK was "emo" and i did not asked her whysince she is known for her act (remember Japan?). We kinda rushing since we need to travel from Paddington Station to Victoria Station, and we finally arrive there at 9.50 am. we managed to board the bus at 10.28 am.

The bus is double decker, we decided to sit at the upper deck. I sat alone at first, but after awhile Ihsan sat next to me because the person who sat behind him does not allow Ihsan to lean his seat.

One thing i noticed about the Londoner was that they are not as nice as Minnesotan. Rude, cut queue and rather snobbish can be seen throughout the city. There are various ethnicity and white people seem the minority here. Guess i kinda miss Minnesota...

Halfway i sat next to Pejal so he can tell me about Manchester United's players. He explained in details about the team and its players. i can see how he really love the team from the way he talks.

The scenery throughout the bus journey was as i expected. Villages "Sommerset" - green fields with old style English houses.

We arrived around 4.00 pm and Manchester Bus Terminal. There Farah and Hazwan waited for us. Farah is Lynn's cousin while Hazwan is Rashdan's friend, who is Pejal's friend. Hazwan bring us to Rashdan's place. Rashdan was at a meeting so the house was empty. A decent house with 3 bedrooms shared by 5 people. from the house condition, i deduced that Rashdan is "usrah" people. I remember Hadi told us that there ar 3 kind of people in UK, the Usrah, UMNO and "yang biasa2".



Rentas

 Hari ini Ismail Sabri umumkan bermula esok (Isnin) sudah boleh merentas negeri. Perkara pertama aku terfikir adalah untuk telefon Cikgu Dol...