Vakil Mosque. 12.38 pm
It was Zuhur prayer and i decided to join the pray in Vakil Mosque. I noticed everyone use the stone, which called Turbah. Lot of it are placed in a basket at the entrance of the mosque and you can simply grab it to use it during prayer.
Another peculiar thing was that there were this person who sit right beside the imam during prayer, but no praying. His task seems to hold the microphone and chant the takbir as per the imam.
Darul Quran, Shah Cheragh.
What am i doing here?
In a foreign land nobody speaks my language
None alike nor sounds the same
Yet i am not afraid
As the water from Zagros
Rush to the barren soil.
I admire this country, and its people.
Ali, seorang sukarelawan di Shah Cheragh (bermaksud Raja Cahaya) yang bertanggungjawab untuk menjadi tour guide kepada pengunjung dari luar negara. Menurutnya, Shah Cheragh mendapat namanya kerana seorang alim, Ayatullah Dastghaib sering melihat cahaya keluar dari kawasan ini. Setelah diselidiki, rupanya tempat ini adalah tapak pemakaman Ahmad dan Muhammad, anak kepada Musa al Kadhim imam yang ketujuh. Ahmad dan Muhammad telah dibunuh oleh tentera Abbasyiah sewaktu zaman penindasan kepada puak syiah oleh kerajaan ketika itu.
Fungsi turbah diterangkan lebih lanjut oleh Ali. Menurutnya, mereka berpegang pada hadis yang menyatakan bahawa sewaktu solat, dahi haruslah menyentuh bumi. Jika terdapat lapik seperti permaidani atau bahan yang bukan dari tanah atau batu, maka mereka akan menggunakan turbah.
Selain itu, pengertian turbah membawa jauh kedalam aspek falsafah dalam beribadat. Turbah yang bermaksud tanah liat adalah lambang kejadian manusia dari tanah yang harus sentiasa diingati oleh manusia. Tanah juga lambang kesucian, contoh seperti proses samak yang memerlukan tanah dan juga tayammum yang menjadikan tanah atau debu sebagai agen pembersih. Penggunaan turbah juga akan mengingatkan pada kematian kerana akhirnya manusia akan dikebumikan kembali pada tanah. Tanah yang digunakan boleh berasal dari mana mana sahaja, tetapi sentimen Karbala menjadikan tanah karbala dianggap lebih bermakna kerana sejarahnya.
Di hadapan Shah Cheragh Shrine |
No comments:
Post a Comment