Sebelum menuju ke Stesen Keretapi Tehran, aku pergi dahulu ke Tehran Grand Bazaar.
I was literally lost in the bazaar, mazes of shops with endless products.
Aku terfikir tentang begitu banyak perniagaan kedai disini. Sebelum ini aku fikir bagus juga dengan perniagaan yang macam cendawan ini. Tetapi ia juga adalah petunjuk ekonomi yang tidak sihat.
supply > demand
Kurang perniagaan teras seperti bank atau minyak/gas. Sekatan ekonomi ini sebenarnya memeritkan.
Hari ini sahaja tiga orang lelaki kujumpa yang berkata Malaysia is good, moden. Kemungkinan besar perbanding dari segi peluang pekerjaan.
Tehran Central Station
Aku memilih untuk menikmati pengalaman menaiki keretapi dari Tehran ke Shiraz. Tren bergerak pukul 5 petang dan sampai di Shiraz subuh keesokan harinya.
Koc aku adalah koc tidur, 4 orang satu bilik. Kerusinya boleh dilipat dan dijadikan tempat tidur. Ada 2 orang Iran didalam bilik aku. Seorang yang sebaya aku boleh berbahasa Inggeris bernama Mehr manakalah seorang lagi agak berusia dalam lingkungan 60 an, tidak tahu langsung berbahasa Inggeris. (aku lupa namanya). Mereka sangat mesra, dan pakcik itu berusaha untuk berborak dengan aku. Jadilah kami ayam itik juga. Buku notaku menjadi penyelamat. Dia mengajar aku bahasa parsi yang asas, begitu juga aku mengajar kembali dalam bahasa Melayu. Memandangkan bahasa jawi memang asalnya campuran dari bahasa parsi, maka senanglah aku belajar dari dia.
Antara contoh pelajaran ringkas kami. Nombor, duit dan ayat pertuturan
Kanan itu pakcik yang langsung tidak boleh berbahasa inggeris. Kiri pula adalah Mehr
Tren ketika berhenti untuk solat Isyak
Seawal jam 5 pagi mereka didalam tren sudah bangun selepas tidur pada jam 11 malam. Mehr sangat baik, aku sangat terkejut kerana dia tolong aku mendapatkan teksi, ikut sekali dalam teksi itu dan mendapatkan aku hotel yang lebih murah dari yang aku sudah tempah sebelumnya.
*Aku bermimpi didalam tren, isteri kawanku sebenarnya perempuan tua yang mempunyai ilmu sihir. Dia bercita cita untuk menguasai dunia dengan cara yang jahat. A supervillain. Suaminya pula adalah pengikut setianya. haha.
No comments:
Post a Comment