1)
Kaku Banjaran Elburz memandang
Niavaran tersergam sombong
Tanda kuasa dan harta
yang kembali pada jelata
-Niavaran Palace-
2)
Adakah revolusi itu penyelamat?
atau manusia perlu sentiasa diselamatkan?
dibawah teokrasi republik,
majukah Iran?
Ahmadinejad bad, Rouhani good - tutur pemandu teksi marhaen
yang penting ekonomi terus aik
tembolok rakyat tidak kosong.
3)
Jawad pemandu teksi berumur 37 tahun. Baru 3 bulan berkahwin dengan isteri yang berumur 28 tahun.
"Ahmadinejad bad, Hassan Rouhani good" ayat yang dijawab apabila ditanya tentang politik Iran.
Aku tidak pasti apa maksud sebenar Jawad kerana kekangan bahasa. Kebanyakan orang di Tehran sukar bertutur bahasa inggeris.
Seperti Kuala Lumpur, ada yang sombong dan malas mahu melayan. Wanitanya semua perlu menutup rambut, minimum dengan skaf. Fesyen skaf disini agak monotonous, tak dapat dibayangkan jika kegilaan fesyen tudung di Malaysia berjangkit ke Iran. Pasti meriah dan berwarna warni. Lelakinya juga sama dengan kebanyakan berbaju gelap atau kulit.
Niavaran Palace, kediaman rasmi Reza Pahlavi dan keluarga
Potret Farah Diba bersama Putera Reza dan Puteri Farahnaz
Stesen keretapi bawah tanah di Tehran
Dinding bekas bangunan kedutaan US di Tehran
No comments:
Post a Comment