
apabila jarum melanyah bibir jadi penuh darah,
mengunci gema yang bakal keluar dari kerongkong kecil,
konon atas nama fitnah dan keselamatan,
apa tangkai hati dapat dipasung?
apabila perjalanan disamakan dengan tujuan,
tiada ruang lagi untuk maju dengan yakin,
konon jelas apa mahu dicapai apa mahu dibuang,
apa jerebu dapat hilang bila kabus menjelma?
3 comments:
Apa gunanya kabus menjelma walaupun jerebu hilang?masih berada dalam kesamaran.harus kenapa dipersoalkan?
kecamuk nampaknya rosh?
seperti biasa karangan kamu sungguh melahirkan persoalan.
betul katamu im. tiada guna bersorak apabila jerebu hilang, kalau kabus pula yang menjelma selepas itu.
Post a Comment