Kami bergerak meninggalkan New Wave Guest House pada jam 8.40 malam, lewat 40 minit daripada masa yang diberitahu oleh penyambut tetamu hotel. Masa menunggu itu aku gunakan dengan duduk di buaian betul betul dihalaman hotel sambil melihat bulan penuh. Hari semalamnya terjadi gerhana bulan, ditambah dengan fenomena super blue blood moon. Bulan bukan sekadar gerhana, tetapi menjadi warna merah setelah betul2 ditelan gelap.
Perjalanan ke Stesen bas Bagan aku penuhi dengan mengulang2 lagu Mld money oleh Lana Del Rey.
"If you send me I'll come to you
If you find me I'll run to you"
Bait lirik Aku terkenang pada A. Kisah Kami Aku pasti sudah selesai, namun setelah melihat call me by your name Aku merasakan kembali kehangatan pelukannya dan perbualan2 kami sebelum tidur yang berkisar tentang kenangan2 dahulu. Masihkah ada peluang? Aku rasakan tidak. Kami berdua sudah terbiasa sendiri. Kerja keras sangat diperlukan untuk menjayakan hubungan ini.
Kami sampai di Terminal Bas Aung Mingalar pada jam 6 pagi. Hiruk pikuk terminal seawal pagi ini agak mengejutkan aku. Setelah membandingkan harga Grab dan teksi yang ternyata sama, kami memilih teksi kerana senang urus tanpa perlu menunggu. 40 minit juga masa diperlukan untuk sampai ke Backpackers hostel di downtown Yangon. Bilik murah dorm menjadi pilihan Shahul. Aku layan saja.
Perancangan untuk hari ini memang tidak difikirkan lagi. Setelah berbincang sewaktu sarapan, Kami memutuskan untuk mencuba circular train Yangon dan petangnya ke Schwe Pagoda.
Kami bermula di Stesen Keretapi Yangon. Tiket adalah 200 kyat seorang untuk perjalanan sehari, tidak kisah naik turun sepanjang laluan. Sangat murah. Sela waktu adalah setiap 30 minit. Jadual boleh dilihat dikaunter tiket. Ketika Kami sampai, tren berikutnya adalah jam 9.30 pagi. Namun agak membingungkan kerana terdapat dua tren yang sampai serentak pada pukul 9.30 pagi. Ketika Aku dan shahrul bergerak menuju tren yang berwarna hijau (satu lagi berwarna putih), tiba2 ada seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 12 tahun mengikut Aku Dan kedengaran dia berkata "cigarette". Aku senyum padanya dan menolak dengan isyarat tangan. 3-4 kali jugalah budak itu bersuara mengikut aku sampai Shahrul perasan Yang dia sebenarnya berkata "circular" untuk memberitahu kami keretapi yang betul dan bukannya cigarette.
-turun Salah tren. Jumpa dhamma school yg Ada tempat sembahyang ikut Hari ( seperti yg diterangkan oleh gadis Bagan). Jumpa Kaw jugak, seamen Yang suka main chenlone. Pandai English , terangkan pasal sembahyang, dhamma school situ , Chenlone. Siap ajak pegi tournament chenlone nearby.
-naik balik tren, turun 2 stop after ke thamine. Ada pasar. Mcm2. Fresh flower, buah2, daging. Colorful, tp banyak lalat. Jalan, jumpa salon rambut lelaki. Murah gila gunting 1000 kyat je. Aku amek wash 1000 kyat, shahrul facial and wash.
-pegi insein. Solat jumaat. Indian Muslim? Then makan briyani yg sedap. Pastu Naik bas ke temple yg Ada chenlone. Lambat sangat kalau nak tunggu Kyaw. Aku mesej di FB messenger je. Menarik la, macam sepak Raga, siap Ada muzik tradisional and tukang komentar yang lebih kepada menyanyi. Then jalan blk ke Stesen. Panas. Habislah sunburn.
-then continue completing the circular. Nampak all the slums, kotor sbb poor management and also the lives of the people sepanjang tren.
-turun balik Yangon tren station, shahul Nak ke Chinatown. Aku beli jus Oren. Ada sekali Nak tangkap gamba, letak just Oren kt tepi. Tiba2 Ada budak amek kemudian tny dalam Bahasa Myanmar. Aku blur Jap. Rupanya dia mintak Nak minum. Aku Kasi dia amek Dan pergi ke mak dia yg tgh tidur kat tepi jejambat. Homeless mungkin. Aduhhh.
-otw ke Chinatown jumpa Masjid. Rupanya masih syiah. Mogul Shia masjid. Tgk ramai gak org kumpul. Masa dalam kawasan solat, Ada org tegur. Iqbal. Pernah kerja Malaysia. Dia terangkan malam ni Ada Majlis memperingati kematian Bibi fatimah. Kat mimbar Ada semacam altar. Tgh Kain hitam diatasnya Ada jari 5. Panca syahadah dia ckp. Belah laman ada Kain merah, Belah Kiri hijau. Husain Dan Hassan .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rentas
Hari ini Ismail Sabri umumkan bermula esok (Isnin) sudah boleh merentas negeri. Perkara pertama aku terfikir adalah untuk telefon Cikgu Dol...
-
if u are walking away stop walking, as i hardly chasing you if you are far away. if u are forgetting about me stop forgetting, as the though...
-
We woke up late today, not that late but considering to catch bus at 10.30 am to Manchester, waking up at 8.30 am is considered late. Me, Pe...
-
Have you ever wonder on the possibilities that a meet up with a total stranger can lead to a something special? But you missed it simply bec...
No comments:
Post a Comment