Sewaktu membeli tiket di kaunter foreigner Red Fort, wanita yang menjaga kaunter itu menyuruh aku pergi ke kaunter local. Lepas aku menyatakan aku dari Malaysia, barulah dia senyum dan berkata ok. Kejadian itu buat aku sedar yang aku memang mirip orang tempatan. Patutlah Yoganathan ada cakap yang aku akan dilihat lebih lokal berbanding dia. Baru aku faham kerana yoga lebih kepada India selatan. Lebih gelap.
Red Fort adalah kubu yang dibina Shah Jahan pada tahu 16xx. Dalamnya lengkap Istana, tempat mendengar isu2 rakyat, taman2, balai nobat diraja, hamam, masjid dan terusan yang mengairi seluruh kubu. Aku kagum dengan sistem canal didalam kubu itu yang mengambil air dari sungai dan menariknya secara hidraulik. Aku cuma terfikir kenapa pada masa yang Sama tanah melayu tak mencapai teknologi pembinaaan sebegini.
Usai Red Fort aku kembali berjalan ke arah Masjid jamek. Dalam perjalanan aku ditanya seorang lelaki pembawa beca (baju macam pergi pejabat) untuk membawa Aku ke Masjid jamek. Dia berkata 30. Aku ok. Setelah sampai ( Yang memakan masa kurang dari 3 minit) dia berkata 30 dollar. WTF. Aku cakap aku tahu dia cakap 30 rupee awal2. Aku beri dia 50 rupee (kerana aku tiada duit kecil) dan terus berlalu mengabaikan apa Yang dia cakap. Bullshit gila mahu caj Aku 30 dollar. Agak2 la.
Masjid jamek agak cantik bagi aku, dan pembinaanya lebih kurang masa dengan Red Fort, juga oleh Shah Jahan. Setelah setengah jam lepak dan mengambil gambar, Aku turun tangga di pintu utara, tiba2 ada seorang lelaki berkata sesuatu dalam Hindi. Aku pada mulanya menolak tetapi dia sangat sungguh sungguh dan tiba2 dia mencungkil sesuatu dalam telinga aku lalu mengeluarkan tahi telinga, ditunjukkan kepadaku Dan disapu pada pangkal Ibu jarinya. Aku macam terkejut dan aku secara spontan fikir layan sahaja lah selepas dia berkata hanya 30 rupee. Banyak juga tahi telinga dia korek dari kedua2 belah telinga Aku. Dia tak geli langsung meleretkan tahi telinga aku di pangkal jarinya. Aku pun malas mahu memikirkan adalah alat besi yang digunakan itu bersih atau tidak.
Aku meneruskan berjalan di lorong2 Chandi chow yang maha sibuk dan ramai gila orang. Ramai juga Muslim. Aku sangat teringin nak makan street food dia tapi takut sakit perut. Chandi Chowk penuh dengan perniagaan yang menjual bermacam2 benda.
Aku sampai kembali ke hostel pada pukul 11.30 pagi Dan terus check out untuk pergi ke lapangan terbang terminal 1D menggunakan uber. Aku tidak dapat online check in kapal terbang Indigo ke Varanasi jadi aku mahu ada sela waktu panjang kalau ada apa2 masalah. Kapal terbang Delhi Varanasi jadual jam 4.30.
Kapal terbang sampai di Varanasi bagaimanapun hanya lewat 10 minit dari jadual asal. Mesti pecut. Sudah ada pemandu menunggu kerana Aku sudah uruskan dengan Ram Bhawan residency. Aku malas untuk berunding dengan teksi dan hotel ini juga aku perlu berjalan ke dalam melalui lorong2. Jadi senang walaupun harga hampir dua kali ganda dari harga normal (mereka caj 1400 rupee). Oklah untuk perjalanan sejauh sejam lebih dengan trafik yang teruk.
Aku duduk di dorm, 4 orang dengan katil single. Walaupun asalnya kerana tiada bilik private Yang kosong, Aku rasa lega kerana duduk di dorm ini buat aku dapat berkenalan dengan Justin. Sesampai di bilik dorm dan meletakkan bag, seorang lelaki orang putih masuk dan perkenalkan dirinya Justin dari Kanada. Dia juga baru sampai di Varanasi berapa jam sebelumnya. setelah aku menyatakan aku mahu keluar untuk melihat2, dia mahu ikut sekali dan Kami pun keluar menuju ke arah ghat. Ghat adalah tangga2 di tebing sungai. Di Varanasi, ghat ini selain tempat membasuh baju dan Mandi, ia juga adalah tempat untuk upacara pembakaran mayat. Malam pertama aku berjalan kami memilih untuk belok ke kanan dari laluan utama. Dihujungnya kami nampak unggun api dan kami putuskan untuk kesana. Ghat ini adalah sepanjang panjang tebing dan bersambung dari hujung ke hujung. Sambil menuju ke arah unggun api itu, kami boleh bau hancing di sesetengah tempat, juga banyak orang yang tidur di ghat2. Sampai di unggun apa itu awalnya aku ingatkan orang lepak2 main unggun api, tapi sebenarnya mereka sedang membakar mayat. Satu pengalaman yang agak intense sebenarnya pertama kali melihat upacara sebegini. Justin berkata dia boleh bau rambut terbakar. malam itu Kami lihat ada satu mayat yang baru hendak dibakar, dengan seorang wanita (Aku rasa isterinya) menangis meraung. Aku sudah baca sebelum ini adalah dilarang untuk mengambil gambar jadi memang kami tidak Ambil gambar langsung. Kami duduk situ hampir 2 jam jugaklah sebelum pulang ke ram Bhawan.
Katil disebelah adalah seorang wanita dari Belgium. Dia akan check out awal esoknya (4 pagi) untuk ke Nepal. Setelah berborak, namanya Sanam dan dia lahir Di Iran. Ibu bapanya adalah pelarian politik yang mendapat suaka di belgium. Kedua ibu bapanya adalah sosialis.
(Marudhar Express Varanasi ke Jaipur)
No comments:
Post a Comment