Saturday, February 24, 2018

Varanasi

Aku bangun awal pada pukul 5.30 pagi kerana mahu melihat matahari terbit dari bot. Bot sudah aku aturkan melalui hotel. Justin juga mahu ikut jadi kami naik satu bot sekali. Bot bermula di Dashaswamedh ghat. Pendayung kami tidak boleh berbahasa inggeris jadi dia hanya memberitahu nama2 ghat yang dilepasi. Awal2 agak berkabus, namun perlahan2 terang terutamanya selepas matahari terbit. Varanasi nampak sangat tua, masuk akallah ia antara kawasan tertua yang terus menerus diduduki di dunia. Sungai Ganges disini tidaklah sekotor yang aku bayangkan. Memang banyak sampah di tebing, tapi bagi aku sungai Klang lagi nampak kotor. Tapi mungkin juga masih sedikit dihulu maka warna air tidak keruh, dan aliran masih deras untuk membawa sampah pergi. Aku juga tidak nampak bangkai lembu mahupun manusia seperti yang aku bayangkan. Rupanya ada dua tempat pembakaran yang mana satu lagi di hujung bertentangan. Dari bot nampak lebih besar dan banyak unggun api, dengan ada Kuil besar Di belakangnya. Selesai Naik bot Aku Tanya berapa kepada pendayung. Dia memang tidak tahu jawab jadi aku beri 300 rupee seperti yang diberitahu hotel. Baru sahaja melangkah pergi, bos dia datang memberi semula. Rupanya aku akan bayar melalui hotel. Sebaik kami pergi, Aku perasan Bos sampan itu memanggil pada pasangan pelancong Korea Yang baru selesai naik bot. Aku tak peduli sangat, tapi kemudian Justin memberitahu yang dia terdengar Bos bot itu menyatakan yang duit diberi tidak cukup. Justin merasakan itu salah satu helah orang2 disini.





Kami pulang ke hotel untuk sarapan. Ada seorang makcik India menyediakan sarapan. Satu ini seperti mashed potato tapi rasa grainy dan manis. Satu lagi kacang kuda kecil direbus dengan rempah sampai jadi warna gelap. Boleh tahan juga rasanya. Ada juga roti dan jem untuk dimakan. Kami sarapan Di tingkat 3, ruang itu sangat selesa, dengan ditengahnya ada buai. Aku berkenalan dengan seorang minah dari Australia, seorang dari Brazil, dua makcik dari Oregon dan seorang mamat dari Paris. Ini bagusnya tinggal Di hostel, boleh jumpa ramai orang. 


Selepas sarapan aku ke Sarnath dengan Justin dengan naik Tuk Tuk. 600 rupee pergi balik dengan perjalanan sejauh 40 minit. Pertama kali naik tuktuk disini, memang bingit dengan hon tak henti2  dan mencelah2 yang menakutkan. Bila difikirkan balik, memang kalut dan tiada undang2. Tetapi ia berkesan. There's pattern in the chaos. Hon itu sangat penting. 




Sarnath sangat signifikan untuk Buddhism kerana disinilah buddha memberi khutbah pertama kepada 5 sahabatnya selepas dia mendapat pencerahan. Peristiwa ini adalah satu dari 4 peristiwa penting dalam hidup Buddha Yang selalu diukir. Tiga lagi adalah kelahiran, pencerahan Dan kematian Buddha. Terdapat stupa Yang dibina dilokasi khutbah tersebut. Ada juga tinggalan monastery Dan Kuil binaan zaman Raja Asoka. 
Selain Buddhism, Sarnath juga penting kerana disinilah ditemui Ashoka Pillar, yang dijadikan emblem India. Pillar ini diletakkan di muzium. Aku terperanjat kerana pillar itu masih nampak Baru, Dan seperti baru digilap. Terdapat teknik khas menggilap Batu Pasir itu hingga berkilat.





Setelah 2 jam di situ, Kami beransur pulang ke tuktuk. Pemandu kami sedang menunggu mee goreng (chowmein) dia siap. Aku rasa sedikit bila dia makan. Aku malas nak fikir takut sakit perut sebab aku rasa kebulur, menggeletar sedikit. Ini pertama kali aku rasa begitu. 

Balik di Varanasi, kami makan tengah hari di kedai di lorong2 dekat dengan  hostel kami. Aku makan shamber fried idli manakala Justin pula makan paneer pasta. Sewaktu menunggu makan kami perasan ada tikus di ruang rak betul2 di  sebelah aku. Kami hanya boleh tersenyum. 


Kami berehat sebentar lalu keluar untuk ke ghat pembakaran mayat yang dibahagian satu lagi. Sepanjang laluan aku lihat Ada beberapa sadhu. Sangat cantik kalau dapat buat portrait mereka ni. Sampai di situ kami sempat melihat sebentar sebelum disapa oleh seorang lelaki yang mendakwa dia sukarelawan disitu. Awalnya Kami menolak tapi dia masih tak berganjak, Malah berkata akhir dari penerangan dia, Kami hanya perlu menderma seikhlas hati pada "maji"? Kami layan sahaja lah. Dia menerangkan tempat ini adalah untuk pembakaran orang Yang mati secara natural manakala ghat yang Kami lihat semalam adalah untuk orang Yang mati tak elok macam bunuh diri atau suicide. Kuil di hadapan ghat itu adalah kuil shiva, dimana terletaknya "eternal fire of Shiva" Yang apinya digunakan oleh pendita brahmin untuk membakar mayat. Api ini akan memastikan orang Yang dibakar itu Akan mencapai Moksha. Kami lihat mayat itu Akan dibawa turun digigi air, direndam sedikit sebelum diletakkan di atas longgokan kayu. Kayu2 Akan diletakkan lagi Di atas mayat. Pendita brahmin Akan datang dengan jerami? Yang sudah dibakar sedikit, berpusing2 disekeling mayat bersama ahli keluarga (Aku Rasa) sambil membakar kayu. "Sukarelawan" itu memberitahu biasanya 2-3 jam diperlukan untuk membakar satu mayat. Tempat itu dalam sehari boleh membakar hingga 300 mayat, dengan operasi 24 jam. Terdapat juga hospis dibelakang Kuil shiva yang menjadi tempat rawatan/menunggu mati. Mamat ini bawa Kami Naik ke eternal fire sambil menerangkan Jenis kayu Yang digunakan. Aku tak tangkap Jenis kayu apa Yang digunakan tapi mereka turut menggunakan kayu gaharu. Di Kuil shiva ini, mamat ini tiba2 cakap boleh juga Nak bayar duit derma kepada dia disitu, kerana orang takkan berani menipu didepan api Shiva. Ye la tu. Kami minta dibawa ke "maji"?. Dia akur dan bawa kami kebelakang Kuil. Rupanya maji ni seorang perempuan Tua biasa, baju biasa Yang tengah lepak di depan macam sebuah rumah. Sangatlah memcurigakan. Dia memegang Ubun kepala dan membacakan doa. Mamat ni minta kami derma minimum untuk kayu 700 rupee. Memang tak la. Banyak gila 700 rupee. Justin beri 200 Dan Aku beri 100 walaupun dalam hati Aku memang obvious ini adalah scam. Malas cari pasal.



Selesai di situ, Kami balik ke dashaswamedh ghat untuk upacara Ganga Aarti. Upacara ini berlaku setiap petang sewaktu matahari terbenam sebagai tanda terima kasih untuk Ibu Ganga dan berdoa untuk kesejahteraan. Terdapat kerusi2 banyak disediakan Di hadapan platform. Terdapat 7 platform Yang setiap satu akan Ada pendita muda melakukan ritual. Kami memilih untuk duduk dikerusi yg disediakan, dibelakang sekali kerana tak pastu adakah kerusi ini boleh atau tidak untuk duduk. Upacara bermula 6.30 petang. Justin merasakan tempat Kami sangat shitty lalu Kami bergerak kehadapan duduk bersila betul2 dihapadan ruang yang disediakan. Masih sedikit shitty kerana gambar tidak penuh lantaran Ada orang menghadang. Upacara dimulakan dengan membakar colok diiringi lagu dan loceng tanpa henti. Koreographi Yang menarik dengan penggunaan api. Aku baca selepas upacara ini yang api itu adalah tanda persembahan untuk Ibu Gangga. Selepas 20 minit, Kami berpindah tempat lagi untuk vantage point lebih baik, betul2 dibawah para pendita muda ini. Rupanya vantage point disitu sangat cantik dan boleh sangat dekat dengan mereka. Upacara ini memakan masa satu jam, diakhiri dengan para pendita turun ke gigi air dan mencurahkan air bercampur dengan bahan2 yang aku tak tahu apa kandungannya.






Selesai upacara kami balik ke bilik untuk meletakkan bag sebelum keluar untuk makan malam. Dua makcik dari Oregon memberitahu kami untuk pergi ke Baba Lassi kerana mereka menyediakan Lassi dicampur ganja. Aku Dan Justin rasa teruja dan mahu cuba. Kami pergi makan dahulu disebuah kedai fusion. Sewaktu makan Justin memberitahu yang dia pernah mewakili Kanada untuk kejohanan Dunia menembak rifle. Dia malah pernah diranking kedua terbaik seluruh Kanada sebelum berhenti untuk fokus menyambung pelajaran. Selain pelajaran yang terganggu, beban kewangan juga menjadi hal kerana kerajaan Kanada tidak 100% menampung perbelanjaan latihan. Usai makan kami ke Baba Lassi tapi malangnya Lassi sudah habis. Mereka menawarkan untuk jual cookie kepada kami. Justin tak mahu tapi aku nak. Jadi aku beli pada harga 250 rupee. Memandangkan masih awal, Kami putuskan untuk ke ghat pembakaran sekali lagi di Kuil shiva. Kami hanya duduk dan melihat upacara. Ada 7 unggun api yang kelihatan, dan mayat kami nampak ada beberapa yang diturunkan dan menunggu giliran untuk dibakar. Kami lepak hampir 2 jam. Justin ada membangkitkan, jika mandi di sungai Ganges telah mengapuskan dosa, mengapa perlu untuk bakar Di sini untuk mencapai Moksha? Bukankah kalau dosa2 dah terhapus, maka kalau mati boleh mencapai Moksha? Aku gelak sahaja. Perjalanan balik aku makan sedikit cookie, sedikit yang aku rasa sangat sedikit sebab aku tidak rasa apa2.






Marudhar express Varanasi ke Jaipur

No comments:

Rentas

 Hari ini Ismail Sabri umumkan bermula esok (Isnin) sudah boleh merentas negeri. Perkara pertama aku terfikir adalah untuk telefon Cikgu Dol...