Friday, February 23, 2018

Delhi

Kapal terbang MAS KL ke Delhi tidak penuh. Boleh kukatakan hanya separuh penuh. Kerusi aku di tengah, dengan 8 lajur kerusi. 3 kerusi Di sekeliling semua kosong. Syurga. Tambah dengan ruang kaki Yang luas, layanan MAS sangat mesra. Ada seorang pramugari dengan rambut paras bahu, comel menegur aku dengan semangat. "Travel seorang je ke?" Aku senyum dan angguk. Dia bertanya lanjut rancangan Aku yang dengan senang hati aku memberitahu. Perjalanan 5 jam sangat memuaskan, cuma satu perkara mengganggu aku. Marjerin diberi dan bukan butter untuk roti makan malam. Sedih pula fikir kenapa la sampai tahap kasi marjerin.


Kapal mendarat di lapangan terbang antarabangsa Indira Gandhi pada pukul 10 malam. Proses imigresen lancar dan sebaik keluar dari kastam aku cuba mencari dimana Meru teksi. Teksi yang dikatakan boleh diharap disini. Ye, aku seringkali diingatkan agar berhati2 disini kerana terlalu banyak scam.

Aku hidupkan telefon dan tiba tiba mesej WhatsApp masuk. Aku terkejut kerana signal 4G Ada. Daripada mesej perayauan maxis, mereka tulis "worry free data roaming..." Yang bodohnya kubaca sebagai "free data". Hanya sampai setelah naik tren ekspress ke Stesen Delhi Baru Aku perasan yang itu bukanlah percuma, hanya perayauan data adalah automatik jika aku on Kan data roaming. Habis melayang RM 38. Tapi Aku gantikan ralat dengan sedapkan hati jika tanpa data, Aku takkan perasan yang aku boleh naik express tren yang berharga 60 rupee (RM 3) berbanding Naik teksi yang lebih mahal.

Laluan perjalanan ke hotel. Banyak tempat berbau hancing, juga kotor.

Sampai di Stesen keretapi New Delhi, Aku memilih untuk berjalan ke zostel hotel (masih berhati2 dengan teksi dan tuk tuk). Adalah dalam 30 minit juga aku berjalan. Delhi bingit, dengan bunyi hon berpanjangan. Kotor juga dan kadangkala bau hancing menerpa ruang hidung dari dinding2 dijalanan.  Zostel hotel adalah hostel ringkas, dengan reception yang tak mesra langsung.


(Marudhar express Varanasi ke Jaipur 5:31 pm)

No comments:

Rentas

 Hari ini Ismail Sabri umumkan bermula esok (Isnin) sudah boleh merentas negeri. Perkara pertama aku terfikir adalah untuk telefon Cikgu Dol...