Kami mendarat di Imam Khomeini International Airport (IKIA) pada pukul 12.30 pagi. Proses Imigresen lancar walaupun beratur agak panjang kerana hanya satu kaunter dibuka untuk warga asing ditambah dengan warganegara Iran yang memotong barisan kami.
Keluar dari tempat bagasi, kami bertanya tanya dengan teksi dan pekerja airport cara untuk mendapatkan bas ke Esfahan dan Yazd. Pekerja airport tidak mencadangkan kami pergi ke Alberazi dimana bas akan berhenti seketika untuk mengambil penumpang tanpa tiket. Aku dan shahul agak keberatan untuk ke terminal bas kerana akan terpaksa menunggu hingga ke pagi untuk mendapatkan bas. Tambahan bas ke Yazd hanya bermula pada 10 pagi.
Kami bertanya pada banyak pemandu teksi tetapi semuanya mengenakan caj pada kadar 300k ke 500k rial (RM 37 - 63) untuk ke Alberazi. Shahul berdasarkan kajiannya menetapkan harga maksimum 200k. Akhirnya kami disapa oleh seorang lelaki yang menunggu kawannya pulang dari Syria. Ala2 kereta sapu, dia menawarkan 150k. Kami terus setuju.
Perjalanan ke Alberazi memakan masa 20 minit. Dia memberhentikan kami ditepi jalan dan menunjukkan tempat untuk menunggu bas. Tempat itu disebelah balai polis , yang betul2 selepas tol. Agak cuak sedikit kerana kemungkinan dipau atau tiada bas. Kami menunggu tidak lama selepas berpusing2 sedikit, dalam 10 minit bas sampai dan kami bertanya jika dia ke Esfahan. Mereka terus mengangguk dan suruh kami masuk ke bas. Kadar bayaran 350k seorang. Aku malas menunggu bas untuk ke Yazd kerana tidak pasti bila bas akan muncul. Lagipun Esfahan sudah dalam laluan perjalanan ke Yazd. Kami duduk betul betul dihadapan bas, disebelah pemandu bas. Tak pernah aku duduk di situ yang selalunya dikhaskan untuk pemandu kedua. Menarik pengalaman sepanjang perjalanan kerana dapat berborak dengan pemandu bas, Ali dan pembantunya Reza. Ali agak kacak dengan muka ala2 pelakon Hindustan, Reza pula kelihatan muda seperti baru habis SPM. Sampai sahaja di Kashan Reza tiba2 meminta kami bayar dahulu duit. Kerana masalah bahasa kami agak ragu2 untuk beri kepadanya kerana belum sampai ke Esfahan. Sampai di stesen bas Kashan, semua orang turun dan bas kosong. Reza siap menutup langsir dan meminta kami bayar. Sambil tergelak2. Untuk mengelakkan masalah, kami bayar sahaja. Rupanya kami perlu menukar bas lain untuk ke Esfahan. Buat suspen sahaja.
Sampai di Esfahan aku dan shahul berpisah. Aku mengambil bas ke Yazd pukul 10.30 pagi. Berjaya sampai di Yazd pukul 3.30 ptg.
Pemandangan dari dalam bas
No comments:
Post a Comment