Monday, January 18, 2016

18 Jan

Pada ketika dan saat ini,umur 30 dengan pengalaman bekerja 7 tahun, adalah menjadi suatu perkara yang
merepek jika aku memikirkan persepsi orang lain terhadap aku adakah baik atau tidak, adakah perbuatanku itu
akan membuatkan orang lain berprasangka buruk terhadapku aku dan perlukah aku berusaha untuk kelihatan
bersungguh sungguh dalam membuat sesuatu perkara?
Perkara di atas bermain dalam fikiranku pada pagi tadi semasa aku membuat keputusan untuk mengambil cuti
sakit kerana perutku masih meragam, dengan 3 kali bangun sepanjang malam kerana cirit birit. Aku takut juga
jika Kak Zarita menganggap aku menipu menyatakan sakit perut, tetapi kenapa aku perlu menipu diri sendiri jika
itu memang hakikatnya. Hafiz, awak dah besar. Tolonglah jadi matang.
Aku pergi ke Poliklinik Annisa jam 9.30 pagi dan seperti biasa doktor lelaki muda yang aku syak sedang membuat
locum, memberi aku ubat cirit birit, tahan muntah dan angin. Walaupun dekat dengan rumah ibu bapaku, kereta
kuluncurkan kembali ke rumah ngah. Oh, sebelum itu aku singgah makan roti boom di mamak sebelah
Pasaraya Sinar Wawasan dan nampaknya roti boom itu adalah antara yang tersedap aku pernah nikmati.
Aku akan kembali.
Sementara menunggu tengah hari aku menonton The Skeleton Twins lakonan Kristen Wiig dan Bill Hader
yang berkisarkan tentang kembar tidak serupa yang memiliki “suicidal tendency”. Babak dimulakan dengan
keduanya cuba membunuh diri, di tempat yang berasingan. Secara keseluruhannya aku suka filem itu, kerana
subjeknya yang dekat dengan diri aku. Kesunyian. Kesunyian itu boleh terjadi pada sesiapa pada mana mana
keadaan. Adakah aku sunyi sekarang? Ya terutamanya apabila tidak ramai kawan kawan yang aku boleh lepak
bersama. Aku selamat kerana mempunyai ibu bapa serta adik beradik dan anak buah yang boleh mebuatkan
masa aku terisi. Aku cuba untuk membuat projek projek baru serta rutin baru seperti menulis jurnal ini.
Semoga semuanya ok sahaja. 

No comments:

Rentas

 Hari ini Ismail Sabri umumkan bermula esok (Isnin) sudah boleh merentas negeri. Perkara pertama aku terfikir adalah untuk telefon Cikgu Dol...