Sunday, January 17, 2016

17 Jan

Hari ini dimulakan dengan larian 10 km Shah Alam Night Run, flag off di dataran kemerdekaan Shah Alam pada
jam 2 pagi. Ya, 2 pagi. Aku sebenarnya tidak berdaftar untuk larian ini, sesuai dengan hasrat untuk mengurangkan
menyertai larian larian dan hanya menumpukan pada larian besar dan 42 km ke atas sahaja. Tetapi Firdaus
Mohamad rupanya sudah mendaftarkan diri seorang sahaja dan aku berasa kenapa tidak menemankan dia
untuk berlari, sementalahan aku menawarkan dia tidur di rumah ngah, takut takut bahaya memandu pulang ke
putrajaya setelah penat berlari awal awal pagi. Akhirnya aku crash larian itu. 10 km dengan masa 1 jam 5 minit,
bukanlah masa terbaik dan jauh dari sasaran untuk bawah satu jam. Tetapi agak puas hati kerana aku tidak
pernah berlari di kawasan Shah Alam.
Usai larian kami lepak makan di mamak seksyen 20, manghadam megi goreng dan air tembikai laici. Satu
keputusan yang tidak tepat kerana apabila aku bangun jam 9 pagi, perut mulai meragam. Kemudian aku pergi
makan nasi lemak di warung pak ayub, satu lagi keputusan tidak bijak kerana selepas sahaja aku makan nasi
lemak itu, aku muntah muntah dan perut berbunyi bunyi. Sah lah aku salah makan. Tapi dek kerana penat, aku
terus tidur semula dari jam 11 hinggalah 4 petang. Perut masih meragam dengan cirit birit. 

Aku berasa beruntung kerana masih punya mak ayah untuk mengadu sakit pening, masih megambil berat hal
aku dan menjadi tempat menumpang manja. Tak dapat ku bayangkan masa akan datang hidup tanpa mereka.
Tak dapat aku bayangkan.

No comments:

Rentas

 Hari ini Ismail Sabri umumkan bermula esok (Isnin) sudah boleh merentas negeri. Perkara pertama aku terfikir adalah untuk telefon Cikgu Dol...