Hari ke empat berada di tingkat 16, menara 1 MPM. Aku mula
berasa takut semasa nadhirah mula menceritakan tentang kerja-kerja di EPBD.
Semuanya surat surat rasmi, memo, turun naik meminta tanda tangan, berjumpa
peguam dan finance dan macam macam lain perkara yang melibatkan governance.
Cuak.
Aku tidak tahu rasa cuak itu kerana aku telah terbiasa
dengan gaya kerja di Carigali ataupun kerana aku memang tidak suka membuat
kerja kerja governance ini. Seperti biasa untuk menyedapkan hati, aku fikirkan
ini adalah untuk belajar dan harapnya aku dapat belajar tentang pengurusan MPM.
Harapnya.
Hari ini juga dunia dikejutkan dengan pengeboman dan tembak
menembak di tengah tengah kota Jakarta. Belum ada lagi pihak yang mengaku
bertanggungjawab. Tetapi selepas pengeboman di turki yang tidak sampai dua
hari, nampaknya ramai pihak merasakan ISIL ada kaitan dan cuba menyerang balas
Negara-negara di seluruh dunia.
Keganasan.
Kesinambungan dari lawatan ke pusat tahfiz al sagoff, hari
ini aku lihat ada iklan untuk BBW hujung bulan ini. Boleh lah kiranya untuk aku
memborong buku-buku di sana nanti. Sekarang ini aku masih berfikir cara paling
sesuai untuk mengumpul dana dan siapa yang aku boleh ajak untuk turut serta
dalam program ini. Semoga program ini tidak separuh jalan dan dapat aku siapkan
menjelang hujung bulan februari.
Dan akhirnya aku beli juga sebuat laptop untuk aku serius
dalam penulisan. Aku kira menulis jurnal adalah satu permulaan yang baik. Usai
waktu pejabat jam 6 petang aku terus menuju ke low yat untuk mencari laptop.
Hasil perbincangan dengan acap, dia mencadangkan model Lenovo, yang sememangnya
aku juga berasa yang sama kerana aku tahu Lenovo adalah di tempat pertama dalam
penjualan laptop di dunia.
Sesampainya aku di low yat dan naik melalui lif ke tingkat
2, aku terus pergi ke kedai yang berdekatan dengan lif. Kelihatan beberapa
orang cina dan seorang melayu sedang berdiri dan memanggil-manggil oranng yang
lalu lalang. Lelaki melayu itu sebaik sahaja terpandan aku terus bertanyakan
tujuan aku. Aku dengan gaya ragu ragu memberitahu yang aku mahukan laptop full
hd, dengan julat harga 2000 lebih. Dia lalu mencadangkan Z40-75 yang berharga
2499.
Jam sudah 11.51 am. Dipendekkan cerita aku akhirnya berjumpa
dengan kedai yang menawarkan 1840 ringgit. Terus aku beli.
No comments:
Post a Comment