Sudah seminggu mak di Hospital Selayang. Mungkin kerana telah beberapa kali keluar masuk hospital, aku tidaklah memikirkan sangat akan kemungkinan2 yang bakal berlaku. Bawa mak ke wad kecemasan, mak warded, jaga mak mungkin beberapa hari, kemudian discharge baliklah rumah.
Tapi dari hari masuk ke kecemasan sudah serasa tak kena. Langsung tak boleh jengah, aku menunggu dari pagi sampai pukul 4 petang diluar hanya untuk diberitahu mak akan dibawa ke wad saringan dahulu sebelum dibawa ke wad biasa. Prosedur Covid katanya. Aku hampa tapi kukatakan pada mak satu malam sahaja ya, esok aku datang setelah keputusan swab mak negatif.
Pagi sabtu aku pergi dahulu kafe, pasar, temankan kairul beli TV sampai pukul 3 barulah aku bergerak ke hospital. Sampai disana aku menunggu lagi kerana keputusan swab mak masih belum keluar. Pukul 4.30 petang nurse telefon memberitahu ada pesakit dalam wad saringan yang positif, jadi mak kini berstatus PUI, kena tahan dalam wad saringan dan kuarantin selama 10 hari. Luluh hati aku memikirkan mak tiada keluarga dapat jaga. Inilah yang mak sangat takut. Di hospital tiada keluarga yang dapat jaga. Aku menangis, tambahan memikirkan aku yang bersungguh hantar mak kesini walaupun mak dan ayah mahu pergi ke swasta. Nurse ada memberitahu mak boleh keluar dan sambung kuarantin dirumah jika mak dah ok.
Hari Ahad aku dapat telefon mak petang. Mak ada cakap doktor masuk darah. Lega dengar suara mak. Malam itu dapat juga telefon mak. Mak baru lepas solat Isyak katanya, masih cuba ambil wuduk walapun aku kata tayamum cukup.
Isnin aku telefon hospital, nurse cakap mak perlu buat scope dahulu untuk pastikan tiada pendarahan dalaman. Tak boleh lagi discharge. Aku cuba hubungi mak tapi x diangkat. Mungkin tidur agaknya.
Selasa aku masih tak dapat hubungi mak. Nampak dua cek di whatsapp tapi tidak biru. Setelah berkali2 cuba hubungi wad, akhirnya tengah hari dapat bercakap dengan doktor. Doktor Farah beritahu mak punya paras oksigen akan berkurang jadi 85% apabila dibuka saluran oksigen. Juga pemekat darah mak rendah, maka tak boleh buat prosedur scope takut akan luka. Aku masih tak dapat hubungi mak. Doktor cakap mak banyak tidur, dan mamai2.
Rabu bercakap dengan doktor mak masih kena dimonitor kerana paras oksigen rendah. Juga masih kena tinggal di wad saringan sampai Isnin.
Malam rabu aku dapat panggilan dari doktor Vivian yang menyatakan mak sesak nafas dan perlu melakukan prosedur buang air dari paru2 sekali lagi. X ray baru tunjukkan paru2 kanan masih banyak air. Kemudian doktor kata tentang jika mak masih sesak nafas selepas ini, ada kemungkinan mak perlu bantuan ventilator, dan untuk itu mak perlu ditidurkan. Sunyi alam terasa, air mata jatuh dan juga tak tahu apa perlu kuberitahu adik beradik. Aku iyakan sahaja kata2 doktor. Kairul peluk dan menenangkan aku. Usai menangis aku hubungi adik ngah dan long. Kemudian aku hubungi Opo untuk tanya pendapat. Opo menenangkan aku dan memaklumkan tentang pesakit liver cirrosis yang memang akan menghadapi masalah2 seperti apa yang mak lalui. Hujung perbualan, Opo cuba untuk perlahan2 memberitahu aku mak sebenarnya dah terminally ill, memang tiada ubat dan harapan untuk sembuh itu hampir tidak ada. Apa yang boleh dibuat sekarang adalah untuk mengurangkan kesakitan dan memberi keselesaan pada mak. Aku berjaga hingga 2 pagi malam itu untuk tahu perkembangan mak. Pukul 2 pagi aku telefon, nurse menjawab doktor turun ke bawah bawa sampel darah. Prosedur buang air telah selesai.
Tengah hari khamis doktor telefon memberitahu 1.5 liter air dikeluarkan dari paru2 mak semalam. Kerana keadaan liver cirrosis, air akan berkumpul semula di paru2 doktor cakap. Kemudian satu lagi "bom dijatuhkan". Doktor meminta kebenaran untuk DNR (tiada cpr atau intubation) jika jantung mak berhenti. Kerana keadaan komorbiti mak (hati, buah pinggang dan jantung), maka CPR dan intubation hanya akan menyebabkan keadaan jadi lebih teruk. Sekali lagi aku menangis. Kairul cadangkan pulang ke Shah Alam jumpa ayah. DI shah alam ayah aku lihat ok luaran, tapi tidak tahulah hatinya. Adik dan ngah terima sahaja cadangan doktor kerana memang itulah yang terbaik. Pukul 3 aku dan kairul gerak ke Hospital bawa buah untuk mak. Malamnya dapat hubungi doktor. Aku meminta jika dapat video call dan doktor bersetuju untuk gunakan telefonnya. Pukul 10 malam aku lihat mak sudah dipakaikan saluran di hidung, aku agak untuk makanan. Mak buka mata dan respon dengan gerakan muka pada soalan kami. Cuma mak kerap meminta air kerana haus. Sedih melihat keadaan mak..