Haneda international airport
Beratur panjang untuk menukarkan baucer JR Pass. Kebanyakan pelancong yang ku lihat adalah dari Eropah. Percutian musim panas mungkin.
Malam tadi aku tidur di atas pangkin sebelah restoran. Sempat juga lelap dan bermimpi yang aku sudah lupa apa yang di mimpikan. Aku terjaga jam 5 pagi dalam keadaan keliru kerana orang sekeliling yang turut tidur sudah tiada. Hari sudah cerah rupanya.
No comments:
Post a Comment