Hari ini Ismail Sabri umumkan bermula esok (Isnin) sudah boleh merentas negeri. Perkara pertama aku terfikir adalah untuk telefon Cikgu Dollah dan tempah chalet Pengkalan Balak.
A Bitter Realist
Tuesday, October 12, 2021
Wednesday, September 29, 2021
Bawa Ayah
Pagi tadi bawa ayah full medical check up di Hospital Avisena. Aku dan Kairul balik shah alam malam sebelumnya, bawa biskut subway seperti yang diminta Luth.
Kairul mulanya aku drop di Starbucks Plaza Shah Alam tapi dia kemudian datang guna grab dan lepak di kafe bawah Hospital Avisena.
Check up lancar. Aku dan ayah daftar di Klinik Wellness pada pukul 9 pagi dan terus ambil darah dan komposisi badan. Kemudian ayah dibawa guna shuttle ke Avisena Women and Children untuk scan kerana penuh di Hospital Pakar Avisena ini. Aku lepak di Kafe Gloria di bawah sementara menunggu ayah kerana aku tidak dibenarkan ikut. Pulang dari scan ayah sambung ambil air kencing dan bertemu dietitian. Otot ayah ok bahagian atas tapi lower body lemah. Perlu senaman kuatkan lower body. Kami pulang ke rumah sementara tunggu keputusan pukul 2.30 petang.
Semua keputusan baik2 sahaja, kanser marker pun semua negatif. Gula dalam darah agak tinggi, 8.5 berbanding normal 6.7. Perlu kawal pemakanan ayah.
Aku semakin baik hari ini. Tiada lagi perasaan kuat sampai menangis kalau teringat Mak. Betul, kena fokus pada yang hidup. Ada ayah yang boleh ditumpahkan kasih sayang. Rindu mak, tapi hari ini rindu yang buat tersenyum.
Sunday, September 26, 2021
Red Tapes
Aku buat kecoh di Amanahraya Jalan Ampang petang tadi.
Untuk menguruskan duit mak dalam Tabung Haji, surat kuasa diperlukan dan AmanahRaya antara badan yang boleh keluarkan surat kuasa.
Aku masih cuti minggu ni, rasa tidak sedia lagi menghadap kerja. Pagi aku hubungi Amanah Raya Shah Alam dan berjaya dapatkan temujanji isnin depan. cuma aku musykil kenapa dia suruh bawa sijil kematian dan surat beranak sahaja. Aku hubungi careline dan setelah beberapa percubaan dapat juga bercakap dan mereka memberi dokumen2 yang perlu dibawa dan diisi, namun panggilan terputus tanpa sempat beritahu semua proses. selepas itu aku cuba hubungi nombor sama, dari pagi sampai tengah hari namun masih gagal.
Hinggalah pukul 2.30 ketika aku cuba hubungi lagi, aku terus rasa sempit didada, dan situasi telefon banyak kali tak berbalas itu mengingatkan aku pada situasi aku cuba hubungi hospital selayang banyak kali baru lepas. aku terus putuskan untuk pergi ke pejabat Amanahraya Jalan Ampang.
Sampai di sana pengawal beritahu aku tak boleh masuk. Perlu temujanji katanya kerana protokol Covid. Aku lihat ada dua orang perempuan sedang sibuk mengangkat telefon di kaunter di depan pintu masuk. Kaunter pejabat Amanahraya pula betul2 di belah kanan selepas masuk dari pintu utama.
Tuesday, September 21, 2021
Mak pergi.
Dulu ingat faham makna "hadirlah walau dalam mimpi" apabila rindu seseorang.
Tapi sekarang baru tahu sakitnya rindu, mimpi pun susah menghadirkan yang tersayang.Mak meninggal semalam. Doktor telefon pukul 4.48 petang memberitahu mak sudah tiada. Berderau darahku meluncur ucapan Allahuakbar. Doktor Amira memberitahu untuk datang ke wad 9D pukul 6 dan kemudian ke forensik untuk tuntut jenazah. Kairul ada disisi ketika itu, menangis dan terus menangis aku. Kairul memanggil adik di bilik sebelah. aku perlahan memberitahu adik. Kemudian ngah. Ayah sedang tidur ketika itu. Ngah keluar kejutkan ayah. aku masih dalam bilik mak menenangkan adik, juga diri sendiri. Aku gagahkan diri keluar bilik dan memberitahu ayah. Fatiha juga ada diruang tamu.
Pecah tangisan.
Sunday, September 19, 2021
9 hari Mak di Hospital Selayang
Pagi tadi mak swab, keputusan esok dan jika negatif dan ada katil kosong di wad biasa, dapatlah aku menemankan mak.
Malam ini aku rasa marah memikirkan konsep wad saringan yang menyebabkan mak jadi PUI dan perlu dikuarantin 10 hari.Thursday, September 16, 2021
Seminggu Mak di Hospital Selayang
Sudah seminggu mak di Hospital Selayang. Mungkin kerana telah beberapa kali keluar masuk hospital, aku tidaklah memikirkan sangat akan kemungkinan2 yang bakal berlaku. Bawa mak ke wad kecemasan, mak warded, jaga mak mungkin beberapa hari, kemudian discharge baliklah rumah.
Tapi dari hari masuk ke kecemasan sudah serasa tak kena. Langsung tak boleh jengah, aku menunggu dari pagi sampai pukul 4 petang diluar hanya untuk diberitahu mak akan dibawa ke wad saringan dahulu sebelum dibawa ke wad biasa. Prosedur Covid katanya. Aku hampa tapi kukatakan pada mak satu malam sahaja ya, esok aku datang setelah keputusan swab mak negatif.Pagi sabtu aku pergi dahulu kafe, pasar, temankan kairul beli TV sampai pukul 3 barulah aku bergerak ke hospital. Sampai disana aku menunggu lagi kerana keputusan swab mak masih belum keluar. Pukul 4.30 petang nurse telefon memberitahu ada pesakit dalam wad saringan yang positif, jadi mak kini berstatus PUI, kena tahan dalam wad saringan dan kuarantin selama 10 hari. Luluh hati aku memikirkan mak tiada keluarga dapat jaga. Inilah yang mak sangat takut. Di hospital tiada keluarga yang dapat jaga. Aku menangis, tambahan memikirkan aku yang bersungguh hantar mak kesini walaupun mak dan ayah mahu pergi ke swasta. Nurse ada memberitahu mak boleh keluar dan sambung kuarantin dirumah jika mak dah ok.
Hari Ahad aku dapat telefon mak petang. Mak ada cakap doktor masuk darah. Lega dengar suara mak. Malam itu dapat juga telefon mak. Mak baru lepas solat Isyak katanya, masih cuba ambil wuduk walapun aku kata tayamum cukup.
Isnin aku telefon hospital, nurse cakap mak perlu buat scope dahulu untuk pastikan tiada pendarahan dalaman. Tak boleh lagi discharge. Aku cuba hubungi mak tapi x diangkat. Mungkin tidur agaknya.
Selasa aku masih tak dapat hubungi mak. Nampak dua cek di whatsapp tapi tidak biru. Setelah berkali2 cuba hubungi wad, akhirnya tengah hari dapat bercakap dengan doktor. Doktor Farah beritahu mak punya paras oksigen akan berkurang jadi 85% apabila dibuka saluran oksigen. Juga pemekat darah mak rendah, maka tak boleh buat prosedur scope takut akan luka. Aku masih tak dapat hubungi mak. Doktor cakap mak banyak tidur, dan mamai2.
Rabu bercakap dengan doktor mak masih kena dimonitor kerana paras oksigen rendah. Juga masih kena tinggal di wad saringan sampai Isnin.
Malam rabu aku dapat panggilan dari doktor Vivian yang menyatakan mak sesak nafas dan perlu melakukan prosedur buang air dari paru2 sekali lagi. X ray baru tunjukkan paru2 kanan masih banyak air. Kemudian doktor kata tentang jika mak masih sesak nafas selepas ini, ada kemungkinan mak perlu bantuan ventilator, dan untuk itu mak perlu ditidurkan. Sunyi alam terasa, air mata jatuh dan juga tak tahu apa perlu kuberitahu adik beradik. Aku iyakan sahaja kata2 doktor. Kairul peluk dan menenangkan aku. Usai menangis aku hubungi adik ngah dan long. Kemudian aku hubungi Opo untuk tanya pendapat. Opo menenangkan aku dan memaklumkan tentang pesakit liver cirrosis yang memang akan menghadapi masalah2 seperti apa yang mak lalui. Hujung perbualan, Opo cuba untuk perlahan2 memberitahu aku mak sebenarnya dah terminally ill, memang tiada ubat dan harapan untuk sembuh itu hampir tidak ada. Apa yang boleh dibuat sekarang adalah untuk mengurangkan kesakitan dan memberi keselesaan pada mak. Aku berjaga hingga 2 pagi malam itu untuk tahu perkembangan mak. Pukul 2 pagi aku telefon, nurse menjawab doktor turun ke bawah bawa sampel darah. Prosedur buang air telah selesai.
Tengah hari khamis doktor telefon memberitahu 1.5 liter air dikeluarkan dari paru2 mak semalam. Kerana keadaan liver cirrosis, air akan berkumpul semula di paru2 doktor cakap. Kemudian satu lagi "bom dijatuhkan". Doktor meminta kebenaran untuk DNR (tiada cpr atau intubation) jika jantung mak berhenti. Kerana keadaan komorbiti mak (hati, buah pinggang dan jantung), maka CPR dan intubation hanya akan menyebabkan keadaan jadi lebih teruk. Sekali lagi aku menangis. Kairul cadangkan pulang ke Shah Alam jumpa ayah. DI shah alam ayah aku lihat ok luaran, tapi tidak tahulah hatinya. Adik dan ngah terima sahaja cadangan doktor kerana memang itulah yang terbaik. Pukul 3 aku dan kairul gerak ke Hospital bawa buah untuk mak. Malamnya dapat hubungi doktor. Aku meminta jika dapat video call dan doktor bersetuju untuk gunakan telefonnya. Pukul 10 malam aku lihat mak sudah dipakaikan saluran di hidung, aku agak untuk makanan. Mak buka mata dan respon dengan gerakan muka pada soalan kami. Cuma mak kerap meminta air kerana haus. Sedih melihat keadaan mak..
Sunday, June 06, 2021
PKP Lockdown
Hari ini genap seminggu PKP 3.0, atau full lockdown, atau PKP penuh, atau.. entah la apa namanya yang sebenar aku pun tak tahu.
Kali ini aku putuskan memang tidak mahu balik shah alam kerana cuak. Mak ayah belum divaksin, dengan kes kematian sudah 2 minggu berada di 3 angka. Setakat ni mak faham la aku tak dapat balik sebab lockdown.
Sabtu minggu lepas aku dan Kairul dapat vaksin. Kami ambil Astra Zeneca yang dibuka pertama kali untuk orang awam yang mahu ambil. Kami sampai dalam pukul 3.15 petang selepas parking di Putra Mall. Penuh orang berkumpul di depan pintu masuk PWTC. Rupanya tengah hari 12,30 sampai 2 PPV ditutup untuk dibersihkan. Lomu yang patut divaksin 12.30 hanya dapat masuk pukul 2.20 petang, Kami beratur di luar dari pukul 3.30, dan hanya dapat masuk pukul 5.45 petang. Setelah masuk, pergerakan lancar dan kami dicucuk pada pukul 6.30.
Kami beratur dari tempat parking berpusing PWTC |
Terdapat papan tanda untuk selfie pasca vaksin |
Baliknya kami singgah food court Putra Mall membeli makan malam. Aku beli Burger Daging Pak Nik manakala Kairul beli Pad Krapow ayam. Malamnya cuma rasa lenguh pada tempat cucuk, tidak ada demam. Cuma hari esoknya rasa sakit kepala dan rasa seram sejuk. Hari ketiga sudah ok.
Rentas
Hari ini Ismail Sabri umumkan bermula esok (Isnin) sudah boleh merentas negeri. Perkara pertama aku terfikir adalah untuk telefon Cikgu Dol...
-
if u are walking away stop walking, as i hardly chasing you if you are far away. if u are forgetting about me stop forgetting, as the though...
-
We woke up late today, not that late but considering to catch bus at 10.30 am to Manchester, waking up at 8.30 am is considered late. Me, Pe...
-
Have you ever wonder on the possibilities that a meet up with a total stranger can lead to a something special? But you missed it simply bec...