Thursday, June 22, 2017

Projek Qaseh 2017

Aku demam dari kelmarin. Hari kedua setelah lena dengan penghawa dingin. Mungkin tidak biasa dengan hawa sejuk kering yang menyebabkan tekak menjadi merah dan perit.

Walaupun demam, Projek Qaseh tetap diteruskan. Hari selasa aku, Ecot, Affan dan Hadi mengedarkan pek untuk pekerja pekerja binaan di tepi Masjid As Syakirin. Aku keluar seawal jam 4.15 petang, mengabaikan mesyuarat bersama Redhani yang ketika itu semangat bertanya tentang Basin Peninsular Malaysia yang dibentangkan oleh Dr Iyer. Pijan memberitahu malamnya bahawa mesyuarat itu tamat pada jam 5.15 petang. Nasib baik aku tidak tunggu sampai habis.

Aku letak kereta dibawah klcc menggunakan pas muiz. Ecot ikut sekali manakala Hadi dan Affan berjalan kaki kerana mereka agak lewat sedikit. sampai sahaja di tepi masjid, Affan juga muncul. Kami sebenarnya menjangkakan ramai pekerja akan keluar dari gate tapak pembinaan itu berdasarkan perbualan dengan pengawal keselamatan di situ pada jumaat sebelumnya. tetapi sebenarnya ada 4 gate yang pekerja pekerja pembinaan boleh keluar masuk, dan tidak semua keluar serentak pada pukul 5 petang. Kami teruskan juga memberi pek pada pekerja yang kelihatan telah habis syif mereka. Adalah dalam 10 orang rasanya. Bakinya kami letakkan di pos pengawal dan akan diedarkan pada pekerja pekerja lain apabila tamat syif mereka.


Memang betullah, antara yang buat teruja bila melakukan perkara perkara seperti ini adalah melihat reaksi mereka. Ada seorang pekerja dari Indonesia yang aku agak berumur dalam lingkungan 40an tersengih sengih bila mendapat pek tersebut membuatkan aku ketawa. "Pure Bliss". Hadi sampai setelah kami selesai jadi usai solat asar, Hadi ikut aku balik ke Tiara Ampang untuk berbuka.

Projek Qaseh diteruskan pada hari rabu dengan aku sudah mula demam dan mengambil MC separuh hari. Fariza, MJ, Hisyam dan Raha sampai dahulu pada jam 5 petang diikuti Mushmeel. Ecot dan Zurida pula datang sewaktu hujan mula rintik rintik. Kami putuskan untuk tunggu Affan dan Laila dan mula bergerak pada jam 6 petang.

Awalnya agak "blur" kerana walaupun sesak tetapi kereta dan motor masih berjalan perlahan di hadapan Tiara Ampang. Aku yang sudah pening dan demam memang tidak bawak langsung pek dan hanya memerhatikan mereka. Setelah 5 minit meninjau dan berbincang, dua tempat adalah ideal. untuk edaran. Satu betul betul dihadapan Tiara Ampang dan satu lagi di persimpangan dari Akleh ke Jalan Ampang. Apabila sudah mendapat rentak, dalam masa 10 minit sahaja100 pek itu sudah habis. Kami mula mula edarkan pada pengawal keselamatan, kemudian ada beberapa motor yang sedang parking di bahu jalan. Apabila mula diedarkan, para penungang motor dan pemandu kereta yang melihat akan memperlahankan kenderaan meraka dan mengambil pek pek kami. Ada juga sebuah bas Rapidkl yang berhenti untuk membolehkan kami mengedarkan kepada penumpang penumpang bas. Tiada diskriminasi, kami beri pada sesiapa sahaja. puasa atau tidak, muslim atau bukan, motor kapcai atau berkuasa tinggi, Viva atau Civic, semuanya kami edarkan.









No comments:

Rentas

 Hari ini Ismail Sabri umumkan bermula esok (Isnin) sudah boleh merentas negeri. Perkara pertama aku terfikir adalah untuk telefon Cikgu Dol...