Sunday, August 07, 2016

Shinano riverbank

 

Shinano riverbank, Niigata city. 7.07 pm


As I alighted Niigata city terminal of 2 hour shinkansen ride from Tokyo, huge crowd wearing yukata and kimono seem walking to a single points. The movement coincide with the way to my hotel. As I walk and ask the police nearby, she said there will be a fireworks tonight at the shinano river as part of the Niigata Festival. I decided to join the crowd and sat at the riverbank to watch the fireworks.







Thursday, August 04, 2016

Haneda Airport

Haneda international airport

Beratur panjang untuk menukarkan baucer JR Pass. Kebanyakan pelancong yang ku lihat adalah dari Eropah. Percutian musim panas mungkin. 



Malam tadi aku tidur di atas pangkin sebelah restoran. Sempat juga lelap dan bermimpi yang aku sudah lupa apa yang di mimpikan. Aku terjaga jam 5 pagi dalam keadaan keliru kerana orang sekeliling yang turut tidur sudah tiada. Hari sudah cerah rupanya. 

Wednesday, August 03, 2016

Third time's a charm!

KLIA2

Kali ketiga ke Jepun, mungkin aku agak lali kiranya dengan keterujaan bumi matahari terbit itu. Tetapi mungkin aku akan lebih terasa tatkala dapat menatap Fujiyama, gunung pertama dari tiga gunung yang akan kudaki di Jepun nanti.

Kenapa Jepun? Mungkin kerana sudah biasa maka ia menjadi destinasi pendakian sulung luar Malaysia/Indonesia. Tarikan agama Shinta dan Buddha yang berakar dalam masyarakat di sana, serta alam semulajadinya makin membuatkan aku tambah teruja. Jika di Iran, Hafez menjadi rujukan makan di Jepun pula pastinya Matshuo Basho menjadi pilihan lantaran Haguro San adalah salah satu laluan ketika pengembaraanya ke merata Jepun.


Rentas

 Hari ini Ismail Sabri umumkan bermula esok (Isnin) sudah boleh merentas negeri. Perkara pertama aku terfikir adalah untuk telefon Cikgu Dol...