oleh musim dingin yang seperti enggan mengakui,
bahawa putaran musim itu sunatullah,
bahawa salji akhirnya akan cair,
bahawa manusia lama-lama jelak, dengan suramnya musim dingin.
seringkali ia mengintai datang,
tapi musim dingin cepat-cepat menghalang,
menutup segala ruang,
dengan harapan kedinginan akan terus kekal,
dengan impian tiada siapa dapat mengganti,
dengan cita-cita untuk menolak hukum alam.
tapi hari ini,
tiada lagi penantian, tiada lagi keraguan,
musim bunga datang juga,
membawa kembang harum bunga,
membawa saujana keindahan taman,
membawa hangat yang diidam-idamkan.
semoga musim bunga juga tidak lupa,
dirinya juga sebahagian dari hukum alam,
moga apabila musim panas tiba nanti,
peralihan berlaku tanpa tamak dan penuh paksa.
"cuaca di minnesota, mungkin juga ditempat lain, yang acapkali sukar diramal,
kadang kelmarin sejuk beku, semalamnya panas, hari ini salji menggila"
dari luar tingkap bilik
1 comment:
mantap siot..mmg betol aa..aku ketuk2 gak musim dingin ni kang..haha
Post a Comment