Thursday, May 04, 2006

Aku ingin jadi sebahagian dari dirimu.


ketika setiap langkah penuh dengan hilai tawa,
takku sedar kau menangis hiba meratap kehilangan.
ketika penuh juadah disantap penuh kelazatan,
takku kusedar kau terbaring di tanah gersang mengerang kehausan.
ketika tidur didalam gebar tebal dan tidak risau pada hujan mahupun panas,
takku sedar untuk kau hanya langit menjadi atap dan tanah lantainya,
tapi aku tahu perjuanganmu tidak mengendahkan semua itu,
apa ada pada hilai tawa jika hatiku mati?
apa ada pada kekenyangan jika jiwaku sentiasa lapar?
dan ada apa pada dunia ini jika aku terus mencintainya?
aku ingin jadi sebahagian dari dirimu,
merasai segala perit,
derita, harap juga semangat.
dan turut serta dalam perjuanganmu,
bukan sekadar memberi simpati dan air mata..

p/s: at the link section, there is a link to islamic relief foundation, a foundation founded by a muslim group. you can go to the website to learn more, and to donate.



No comments:

Rentas

 Hari ini Ismail Sabri umumkan bermula esok (Isnin) sudah boleh merentas negeri. Perkara pertama aku terfikir adalah untuk telefon Cikgu Dol...