Aku dan nizam mendarat di lapangan terbang antarabangsa Brandaraneika, Colombo pada pukul 9.45 malam, awal 15 minit dari waktu asal. Proses imigrasi lancar. Sewaktu keluar dari pagar imigrasi, kedai2 elektrik sepanjang laluan ke tempat mengambil beg menarik perhatian kami. Tak pernah nampak di lapangan terbang ada kedai elektrik duty free yang menjual barang seperti tv dan mesin basuh. Keluar sahaja dari pintu kastam, terlihat nama aku dipegang oleh seorang lelaki berbaju merah. Sedikit berisi. Setelah berkenalan, Manju pemandu kami, aku dapati dia seorang yang rendah diri, becok sedikit denga bahasa inggeris yang bagus. Umur 42 dengan dua anak lelaki masih bersekolah rendah. Nizam beratur membeli simkad Dialog yang dicadangkan oleh promoter kedai duty free didalam terminal tadi. Kami kemudian lepak minum kopi sementara menunggu aisyah yang dijadual sampai pukul 11.30 malam menaiki MAS. Kedai kopi ringkas, dengan teh and kopi menggunakan mesin nescafe.
Aisyah keluar dari pintu pukul 12.15 malam, dengan beg tariknya yang besar. Usai berkenalan dengan Manju, kami bergegas ke kereta. Kami menggunakan khidmat pemandu peribadi kerana lebih mudah untuk bergerak, boleh pergi jauh dan boleh berkongsi kos untuk lebih jimat. Kami dapat van toyota Hiace yang sangat besar dan selesa untuk 4 orang.
Rancangan asal adalah untuk terus ke Sigiriya. Walaupun sampai awal pagi dalam pukul 5 pagi, kami fikir tidur sahaja dahulu dalam van. Sewaktu baru bergerak meninggalkan lapangan terbang, Manju mencadangkan agar kami tidur di rumahnya dahulu dan bergerak ke Sigiriya awal pagi dalam pukul 5 kerana dari rumahnya ke Sigiraya dalam 2
jam.
Thursday, February 07, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rentas
Hari ini Ismail Sabri umumkan bermula esok (Isnin) sudah boleh merentas negeri. Perkara pertama aku terfikir adalah untuk telefon Cikgu Dol...
-
if u are walking away stop walking, as i hardly chasing you if you are far away. if u are forgetting about me stop forgetting, as the though...
-
We woke up late today, not that late but considering to catch bus at 10.30 am to Manchester, waking up at 8.30 am is considered late. Me, Pe...
-
Have you ever wonder on the possibilities that a meet up with a total stranger can lead to a something special? But you missed it simply bec...
No comments:
Post a Comment