Tuesday, August 01, 2017
Bagaimana Kita Beragama?
Polemik anak luar nikah berbin/bintikan abdullah atau bapa biologinya sebenarnya hanyalah simptom, satu manifestasi cara berfikir dan bertindak masyarakat muslim di Malaysia. Ada permasalahan yang lebih mendasar dari semua ini iaitu bagaimana kita beragama.
Dari kecil, termasuklah pendidikan formal di sekolah, kita diajar dan diyakinkan sungguh sungguh bahawa Al Quran dan Sunnah itu pedoman hidup. Kedua duanya kekal relevan dari zaman nabi, hinggalah ke akhir zaman. Memandangkan tidak semua orang punya akses kepada pendidikan agama, maka pedoman hidup itu terzahir menerusi tafsiran para ulama akan al quran dan hadis. Proses ini membentuk satu pola pemikiran yang apa sahaja berkaitan dengan agama, maka rujukan ulama haruslah dipegang kerana mereka lebih tahu. Juga apa sahaja yang berlaku pada zaman nabi wajib diikuti kerana fahaman "kekal relevan sepanjang zaman".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rentas
Hari ini Ismail Sabri umumkan bermula esok (Isnin) sudah boleh merentas negeri. Perkara pertama aku terfikir adalah untuk telefon Cikgu Dol...
-
at last finish gak rough draft personal essay. habis about 4 am, then slept at 5. kind of tired but still ned to wake up early as workshop s...
-
i used to believe that i was a person full of idealisme, who will fight for the truth and never fear of the upcoming tribulations. but i am ...
-
Hari ini Ismail Sabri umumkan bermula esok (Isnin) sudah boleh merentas negeri. Perkara pertama aku terfikir adalah untuk telefon Cikgu Dol...
No comments:
Post a Comment