Thursday, April 20, 2006

aku ingin tidur malammu penuh dengan mimpi indah

aku ingin tidur malammu penuh dengan mimpi indah,
seindah seperti yang kau selalu angankan,
dan mahu setiap impianmu menjadi nyata.

aku ingin kau tahu setiap yang terluah adalah benar,
datang jauh dari daerah hati paling dalam,
dan mungkir bukanlah pilihanku.

aku ingin agar jalan dihadapan sentiasa terang,
memandu arah ke tujuan yang jelas,
dan aku mohon agar kau jua berharap yang sama.

sebelum kau pejamkan matamu untuk kesekian kalinya,
ketahuilah,
aku mahu tidur malammu penuh dengan mimpi indah.

2 comments:

Anonymous said...

asm....ayat yang sangat menarik, cantik dan sedap didengar..just curious satu benda...how come hafiz boleh tulis ayat-ayat yang menarik? mana dapat inspirasi...jealous bila baca ayat yang cantik...kenapa masuk bidang geology,bukan art...hehe..:)wsm..-aishah

Jong said...

Salam,
Puisi jangan terlalu peribadi...kemudian boleh hantar ke penerbitan. Mahu saya tolongkan?

Rentas

 Hari ini Ismail Sabri umumkan bermula esok (Isnin) sudah boleh merentas negeri. Perkara pertama aku terfikir adalah untuk telefon Cikgu Dol...