Monday, April 30, 2018

Pak long dan mak long di Pulau Tinggi, Johor

Dinding rumah kayu yang berwarna putih suram itu perlahan lahan dicat hijau. Pak long dengan lemah lembut meleretkan roller terhadap satu persatu papan kayu dinding rumah tepi pantai itu.

"Mesti anak ingat Pak Long sokong PAS kan?"
Tanya pak long sewaktu aku mula bercangkung disisinya sejurus selepas memperkenalkan diri.
Aku tergelak besar sambil mengangguk membenarkan telahannya. 


Wednesday, April 25, 2018

Kenangan

Bila kita cuba mengingat kembali kenangan lama, kita sebenarnya mengingat kembali saat terakhir kita cuba mengingat kenangan tersebut, dan bukannya masa kenangan itu berlaku.

Sunday, April 08, 2018

SCKLM 2018

Ini sepatutnya marathon aku yang kelima. Aku jadi makin teruk, bukan makin bagus. Cerminan hidup aku mungkin. Tak pernah serius untuk memperbaiki diri.

Aku berhenti berlari dan mula berjalan pada kilometer ke 10. Sewaktu laluan masuk ke jalan tun razak, aku putuskan untuk putus asa dan pulang ke rumah. Apabila ku dapati jalan ampang ditutup, aku teruskan berlari.

Dan terus berlari. Hinggalah kilometer ke 35 aku tak melepasi had masa. DNF.

Rentas

 Hari ini Ismail Sabri umumkan bermula esok (Isnin) sudah boleh merentas negeri. Perkara pertama aku terfikir adalah untuk telefon Cikgu Dol...