Friday, May 27, 2016

Serangan Abrahah

Ketika Tentera abrahah menghampiri kota mekah, mereka telah mengambil semua ternakan dan harta harta di sekeliling kota mekah. Antara rampasan tersebut adalah 200 ekor unta Abdul Mutalib. 
Sebelum menyerang mekah, Abrahah telah meminta wakil dari bani yang mengetuai mekah datang menemuinya untuk berunding. Abdul mutalib telah dipilih untuk berjumpa dengan abrahah. 
Sewaktu pertemuan mereka, abrahah bertanya jika ada apa apa yang Abdul mutalib mahukan, lantas Abdul mutalib menjawab dia mahukan kembali 200 ekor untanya. Jawapan ini amat memeranjatkan Abrahah kerana Abdul mutalib langsung tidak risau akan kaabah atau agamanya yang bakal dimusnahkan.

"Unta unta itu adalah milikku maka mereka memerlukan aku untuk membela mereka. Kaabah pula adalah milik Tuhan maka selayaknya tuhan akan membela dan memeliharanya, bukan aku".

Jawapan Abdul mutalib ini adalah senada dengan pemikiran aku tentang tidak perlu agama (dalam konteks Malaysia, Islam) dipertahankan mati matian oleh manusia. Pertahan dalam erti kata kewujudan jabatan agama serta jakim yang mewujudkan monopoli dalam beragama. Mana mana pandangan yang bertentangan dengan mereka bukan sahaja ditolak, malah dihukum dan dihitamkan atas alasan mempertahankan agama islam. 

Fungsi raja dan sultan sebagai penjaga agama islam juga wajar diteliti semula sesuai dengan konsep  bahawa manusia itu sama darjatnya, dan jika maju menjaga sekalipun, tidakkah kita sebagai individu mampu untuk menjaga agama kita sendiri? Mengapa memerlukan suatu simbol rasmi untuk berasa selamat dan rasa beragama? 

Ada yang akan berkata keadaan sekarang sudah aman jadi mengapa perlu perubahan? 

Aku bertanya kembali apakah maksud dengan aman itu? 

-isu mak nyah
-serbuan khalwat
-permit ceramah
-pengharaman buku2
-kebencian/ketakutan terhadap fahaman2 lain seperti Syiah dan sufi.
-penggunaan duit pembayar cukai yang semberono, as if 100%  pembayar cukai itu adalah Muslim 
-status unilateral conversion untuk kanak kanak bawah umur
-isu perkahwinan terutamanya wanita yang disukarkan
-hakim hakim yang dimonopoli orang lelaki

Status quo sememangnya senang dan tampak kukuh serta mempunyai rasional berdasarkan sejarah. Tetapi jika berlaku kezaliman di dalam sistem, penambahbaikan perlu dilakukan.



Thursday, May 19, 2016

Raudhah

Menurut hadis sahih, nabi pernah berkata bahawa kawasan di antara rumahnya dan mimbar masjid adalah raudhah, bermaksud taman syurga. Sepakat ulama mentafsirkan bahawa secara literal di situ adalah taman syurga yang terus berhubung dengan syurga. 


Tetapi bagaimana jika nabi bermaksud kias? Tempat bermain cucunda nabi, laluan lalu lalang umat islam ke masjid nabawi, tempat yang jika dilihat dapat menimbulkan perasaan bahagia. Perasaan bersyurga?


Rentas

 Hari ini Ismail Sabri umumkan bermula esok (Isnin) sudah boleh merentas negeri. Perkara pertama aku terfikir adalah untuk telefon Cikgu Dol...