orang kata, dalam banyak-banyak musim, musim luruh paling cantik. cantik sebab dapat lihat daun-daun bertukar warna. ada yang kuning, merah, hijau cair, malah ada yang bertona. dan dapat juga lihat daun-daun gugur di laluan pejalan kaki, dapat dengar bunyi daun kering yang dipijak. bising, tapi mengasyikkan.
orang juga kata, musim luruh walaupun cantik, tapi tiada seri. dingin semakin kuat mencengkam tubuh. matahari juga sudah malu-malu mahu keluar. kelibat manusia sudah jarang kelihatan, tidak seperti musim panas.
mungkin kerana musim luruh ini pun sudah namanya luruh, jadi apapun yang hendak orang katakan, daun-daun akan tetap luruh bersama suasana yang cukup sukar untuk aku mengerti. yang pasti, musim akan terus berganti musim. cuma yang aku fikirkan, kenapa, dalam sebuah musim, perlu ada kecantikan yang tiada seri? atau cuma aku, yang tak tahu menilai?