Setiap saat bersamamu mahu ku ulang ulang,
ketika membelek tomato merah di Hero
atau ditampar angin pagi sepanjang Akleh
mahupun tercengang menonton Vincenzo
dan sekadar berbaring bersebelahan.
Setiap saat bersamamu mahu ku ulang ulang,
ketika membelek tomato merah di Hero
atau ditampar angin pagi sepanjang Akleh
mahupun tercengang menonton Vincenzo
dan sekadar berbaring bersebelahan.
Hari ini hari pertama PKP 2.0. Bukannya "back to square one" tapi lebih teruk kerana semalam sahaja ke mencecah 3300. Kecewa dan marah ketika melihat muka Muhyiddin menyampaikan ucapan pengumuman PKP kelmarin. Tambah sedih pagi semalam Agong keluarkan kenyataan darurat sampai Ogos 2021.
Semalam juga hari terakhir Eka bekerja. Sepatutnya hari sabtu tetapi kerana PKP akan bermula rabu, takut pergerakan terbatas. Pembantu baru juga aku telah dapat melalui seoang ejen (Datin?). Bayaran sebanyak RM5000 kepada ejen dengan gaji 1300. Suryani namanya, muka macam garang tapi tengoklah nanti macam mana. Datin itu menghantar sendiri Suryani ke rumah. Aku di Ampang, jadi ngah dan adik yang menerima. Semua ok, cuma bab simpan gaji sebahagian itu Suryani tidak setuju kerana dia mahu semua. aku pun lupa untuk berbincang itu dengan ejen. Selepas menghubungi Datin, dia kata aku perlu bincang dengan Suryani kerana dia telah serahkan pada majikan jadi majikanlah kena bincang semua. Kami terpaksa terima sahaja kerana sudah bayar 5000 kan.
Eka yang sepatutnya tinggal di rumah majikan makciknya terpaksa menukar rancangan tidur di rumah kawannya di Desa Mentari PJ kerana majiakn makciknya tak setuju lantaran PKP, takut mungkin. Aku rasa kasihan dan ada menawarkan rumah Ampang untuk Eka lepak sementara, tapi Eka ok sahaja duduk di rumah kawannya. Aku balik ke Shah Alam tengah hari bersama Kairul untuk membawa Eka. Mak tentulah sedih Eka mahu pergi, dan mengenangkan Eka bersama kami ketika mak dan ayah sakit, dan menjaga mak macam mak sendiri, aku rasa sangat berterima kasih dan kalau boleh aku mahu kasi bonus lebih lagi. Harap Eka selamat dan berjaya pulang ke Indonesia selepas PKP kerana aku boleh rasa akan rindunya dia pada anak2. tak boleh bayang 2 tahun berpisah dengan keluarga.
![]() |
| Menangis Mak dan Fatiha ketika salam perpisahan |
![]() |
| Makan atas meja Kayu Nyatoh |
Jumaat petang Rahida meninggal. Penyakit yang sama seperti Wakdi, dengan jarak diagnos dan kematian yang sama singkat, sebulan lebih. Aku tidaklah serapat mana dengan Rahida, tapi jika mak ayah memang kenal dan kahwinnya aku pergi sampai nun ke Kedah, maka personalitinya tentulah bagus dan kehilangan arwah pada usia sebegini adalah satu kejutan.
Ramah, tidak kedekut, selalu bertanya khabar mak ayah, aku masih teringat gaun perkahwinannya yang serba putih yang aku bisikkan ke diri sendiri "macam baju kahwin Siti Nurhaliza".
Rapuhnya hidup ini, bila bila masa kita boleh mati.
Dua tahun lepas di Annapurna Base Camp, aku bangun awal untuk menikmati udara segar. Lantaran cuaca sejuk, aku masuk ke dalam ruang kafeteria dan ku lihat ada Amal sedang menulis. Aku duduk sedikit jauh dari dia, dan merenung ke luar tingkap melihat gunung ganang diselimut awan. Perkara pertama aku terfikir, adalah walau secantik mana tempat ini, aku masih rindu mahu pulang. Tentulah mahu pulang ke rumah, tetapi bukanlah rumah ampang, mahupun rumah ibu bapaku yang aku rindukan. Aku rindu pada rumah yang aku sendiri tak tahu dimana, bagaimana bentuknya dan siapa didalamnya. Sambil menyirup kopi panas kutanyakan pada Amal, "what is home?"
Aku sudah lupa apa jawab amal tapi sekarang aku lebih mengerti apa yang dimaksudkan "home is where the heart is". Apabila aku google quotes tentang what is home, terlalu banyak sebenarnya pengertian rumah ini. Cecelia Ahern misalnya berkata rumah bukanlah benda zahir, tetapi satu perasaan. Perasaan rindu pada rumah bermakna rindu pada sesuatu yang membuatkan kita gembira, hangat, penuh kebahagiaan. Patutlah Malala berkata kemana pun kita pergi, hatta ke syurga sekalipun, kita tetap akan merindu rumah kita. Syurga zahir tak bermakna tanpa syurga di hati.
Menarik juga dalam bahasa melayu, tiada perbezaan seperti Bahasa Inggeris "home vs house", lantaran rumah itu sendiri berperanan besar dalam menyediakan ruang bukan sahaja untuk sokongan ekonomi malah sokongan sosial dalam masyarakat kampung. Atau mungkin saja tiada beza istilah kerana home semestinya house untuk masyarakat Melayu.
Hari ini Ismail Sabri umumkan bermula esok (Isnin) sudah boleh merentas negeri. Perkara pertama aku terfikir adalah untuk telefon Cikgu Dol...