Sunday, April 29, 2007

Lohong Kosong

...




kosong
kosong juga sepi,
sampai mentari malas-malas memancar,
sampai salji tidak mahu turun,
sampai senyum sudah hambar tak memikat.

kenapa kosong?
sebab ruang telah terbina,
hati tak lagi dekat,
kalau dulu musuh nyata ditentang sama,
kini kabur siapa musuh, siapa saudara.
pedih melihat, pedih memikir,
apa partisan, apa mazhab, apa fahaman?
apa tiada titik temu untuk semua itu?
sampai bila ruang lohong terus kosong?

Monday, March 19, 2007

Tuesday, February 20, 2007

Sungai Beku, Hati Beku


Kering udara yang menyelimut kasar diri,
melengkap suram petang yang lambat-lambat pergi,
dingin, sangat dingin, sampai sungai merajuk enggan mengalir..
(Hudson River, Feb 18 07)

Sunday, January 21, 2007

apa hilang jerebu bila kabus menjelma?



apabila jarum melanyah bibir jadi penuh darah,
mengunci gema yang bakal keluar dari kerongkong kecil,
konon atas nama fitnah dan keselamatan,
apa tangkai hati dapat dipasung?

apabila perjalanan disamakan dengan tujuan,
tiada ruang lagi untuk maju dengan yakin,
konon jelas apa mahu dicapai apa mahu dibuang,
apa jerebu dapat hilang bila kabus menjelma?


Saturday, December 09, 2006

Mahu Pulang

mahu pulang...




jauhnya...




mahu pulang juga...


MAHALNYA


tapi,
tetap mahu pulang...

kerana rindunya,
kerana kesahnya,
kerana lelahnya,
kerana cintanya...

Friday, November 17, 2006

Aku tak mengerti

apa salahkah setiap tuduhan?
apa hinakah setiap kecaman?
apa zalimkah setiap seksaan?

atau benarkah setiap yang tak terucap,
terzahir dari perlakuan, yang seringkali menyesatkan?

perlukah ada pembalasan,
hanya untuk membenarkan laku yang sama?



Rentas

 Hari ini Ismail Sabri umumkan bermula esok (Isnin) sudah boleh merentas negeri. Perkara pertama aku terfikir adalah untuk telefon Cikgu Dol...