Tuesday, January 12, 2021

Darurat

 Hari ini hari pertama PKP 2.0. Bukannya "back to square one" tapi lebih teruk kerana semalam sahaja ke mencecah 3300. Kecewa dan marah ketika melihat muka Muhyiddin menyampaikan ucapan pengumuman PKP kelmarin. Tambah sedih pagi semalam Agong keluarkan kenyataan darurat sampai Ogos 2021. 

Semalam juga hari terakhir Eka bekerja. Sepatutnya hari sabtu tetapi kerana PKP akan bermula rabu, takut pergerakan terbatas. Pembantu baru juga aku telah dapat melalui seoang ejen (Datin?). Bayaran sebanyak RM5000 kepada ejen dengan gaji 1300. Suryani namanya, muka macam garang tapi tengoklah nanti macam mana. Datin itu menghantar sendiri Suryani ke rumah. Aku di Ampang, jadi ngah dan adik yang menerima. Semua ok, cuma bab simpan gaji sebahagian itu Suryani tidak setuju kerana dia mahu semua. aku pun lupa untuk berbincang itu dengan ejen. Selepas menghubungi Datin, dia kata aku perlu bincang dengan Suryani kerana dia telah serahkan pada majikan jadi majikanlah kena bincang semua. Kami terpaksa terima sahaja kerana sudah bayar 5000 kan.

Eka yang sepatutnya tinggal di rumah majikan makciknya terpaksa menukar rancangan tidur di rumah kawannya di Desa Mentari PJ kerana majiakn makciknya tak setuju lantaran PKP, takut mungkin. Aku rasa kasihan dan ada menawarkan rumah Ampang untuk Eka lepak sementara, tapi Eka ok sahaja duduk di rumah kawannya. Aku balik ke Shah Alam tengah hari bersama Kairul untuk membawa Eka. Mak tentulah sedih Eka mahu pergi, dan mengenangkan Eka bersama kami ketika mak dan ayah sakit, dan menjaga mak macam mak sendiri, aku rasa sangat berterima kasih dan kalau boleh aku mahu kasi bonus lebih lagi. Harap Eka selamat dan berjaya pulang ke Indonesia selepas PKP kerana aku boleh rasa akan rindunya dia pada anak2. tak boleh bayang 2 tahun berpisah dengan keluarga.


Menangis Mak dan Fatiha ketika salam perpisahan


Petangnya aku dan Kairul patut ada kelas Yoga di Babel tapi kami batalkan kerana takut tak sempat selepas menghantar Eka. Lagipun aku rasa sedikit tak semangat kerana PKP. Harap sekejap sahaja la PKP dan boleh kembali ke Babel kerana aku suak pada rutin harian ke Babel. Kalau mahu bersenam sendiri memang aku susah untuk konsisten.
Memandangkan waktu terluang, petang itu kami menonton Reputation World Tour di Netflix. Kairul sekarang sudah gila dengar lagu2 Taylor Swift terutama dari album Reputation dan 1989. Apanila difikirkan, memang genre yang Kairul akan minat pun kerana dia memang suka pada Balckpink, Pussycat Dolls yang susunan muziknya lebih kurang begitu.

Malamnya kami melawat rumah Ecot untuk ambil minyak gamat langkawi, tomyam daos dan ikan keli peliharaan mak ecot. Sambil itu dapat melihat ubahsuai rumahnya. Memang cantik, dan nampak mewah terutamnya dapur Ecot. Ecot hidang kami Mee sup dengan dim sum. 

Makan atas meja Kayu Nyatoh



Saturday, November 07, 2020

Pergi

Jumaat petang Rahida meninggal. Penyakit yang sama seperti Wakdi, dengan jarak diagnos dan kematian yang sama singkat, sebulan lebih. Aku tidaklah serapat mana dengan Rahida, tapi jika mak ayah memang kenal dan kahwinnya aku pergi sampai nun ke Kedah, maka personalitinya tentulah bagus dan kehilangan arwah pada usia sebegini adalah satu kejutan. 

Ramah, tidak kedekut, selalu bertanya khabar mak ayah, aku masih teringat gaun perkahwinannya yang serba putih yang aku bisikkan ke diri sendiri "macam baju kahwin Siti Nurhaliza". 

Rapuhnya hidup ini, bila bila masa kita boleh mati. 

Sunday, October 18, 2020

Apa itu rumah

 


Dua tahun lepas di Annapurna Base Camp, aku bangun awal untuk menikmati udara segar. Lantaran cuaca sejuk, aku masuk ke dalam ruang kafeteria dan ku lihat ada Amal sedang menulis. Aku duduk sedikit jauh dari dia, dan merenung ke luar tingkap melihat gunung ganang diselimut awan. Perkara pertama aku terfikir, adalah walau secantik mana tempat ini, aku masih rindu mahu pulang. Tentulah mahu pulang ke rumah, tetapi bukanlah rumah ampang, mahupun rumah ibu bapaku yang aku rindukan. Aku rindu pada rumah yang aku sendiri tak tahu dimana, bagaimana bentuknya dan siapa didalamnya. Sambil menyirup kopi panas kutanyakan pada Amal, "what is home?"

Aku sudah lupa apa jawab amal tapi sekarang aku lebih mengerti apa yang dimaksudkan "home is where the heart is". Apabila aku google quotes tentang what is home, terlalu banyak sebenarnya pengertian rumah ini. Cecelia Ahern misalnya berkata rumah bukanlah benda zahir, tetapi satu perasaan. Perasaan rindu pada rumah bermakna rindu pada sesuatu yang membuatkan kita gembira, hangat, penuh kebahagiaan. Patutlah Malala berkata kemana pun kita pergi, hatta ke syurga sekalipun, kita tetap akan merindu rumah kita. Syurga zahir tak bermakna tanpa syurga di hati. 

Menarik juga dalam bahasa melayu, tiada perbezaan seperti Bahasa Inggeris "home vs house", lantaran rumah itu sendiri berperanan besar dalam menyediakan ruang bukan sahaja untuk sokongan ekonomi malah sokongan sosial dalam masyarakat kampung. Atau mungkin saja tiada beza istilah kerana home semestinya house untuk masyarakat Melayu.

Wednesday, October 14, 2020

PKPB day 2


Semalam bermula PKPB, kesan dari gelombang ketiga Covid 19. Bagi aku memang salah politikus yang tak mematuhi SOP ketika PRN Sabah, membawa kepada penyebaran serata Malaysia.

Untuk aku kesan ketara adalah rutin ke Babel terhenti. selama hampir sebulan setengah melanggan Babel, rutin kami berubah dengan workout pagi petang, bangun seawal 6 pagi. Kami juga menjaga makanan dengan tidak lagi makan nasi pada hari minggu, tiada garam dan tentulah tidak minum air manis. Kami cuba untuk konsisten dengan menggunakan YouTube untuk workout. semalam pagi kami ikut Tom Daley Hiit, tengah hari aku masak ayam kung pao dan tumis kangkung, petangnya pula lesmill body combat sebelum aku pulang ke Shah Alam.

Pelaksanaan PKPB ini tentulah memberi kesan pada ekonomi, juga pekerjaan. Ada kawan yang kena CTO dengan notis singkat. Adik juga terkesan dengan Neway, dan aku segan mahu tanya lebih. Mungkin juga tekanan membuat adik marah selalu pada Eka, aku tak tahu..

Monday, August 17, 2020

Fasa Fasa Kehidupan

Apabila kau sudah berpasangan, kawan2 mungkin akan melayan kau lain berbanding dulu. Mungkin bergantung pada penerimaan kawan2  kau pada pasangan kau, atau kau sendiri yang mencipta jurang pemisah tanpa kau sedar. 
Aku selalu percaya pada kejujuran, maksudnya luahkan sahaja apa yang tidak kena. Mahu berjalan tapi tidak mahu ajak kerana sebab apapun pun? Maka beritahulah untuk mengelak wasangka dan ralat. Permainan teka meneka ini meletihkan. 
Tapi tak mengapalah, hormat keputusan manusia kerana selagi tidak ada mudarat, manusia bebas memilih apa yang mereka rasakan terbaik untuk mereka. Aku sepatutnya gembira melihat orang lain gembira. Dan sememangnya aku mahukan yang terbaik untuk mereka semua.

Tuesday, July 28, 2020

Bahas istilah, kemanusiaan hilang.

Walaupun hari ini berita paling besar adalah Najib didapati bersalah oleh mahkamah tinggi atas 7 pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram, aku lebih terasa peritnya akan pemikiran majoriti rakyat yang menolak konsep penghijrahan nabi dan umat islam ke kota madinah sebagai "refugee" atau "pelarian". UMNO dan PAS, juga Menteri Agama tak bersetuju dengan kenyataan Mat Sabu yang menyamakan penghijrahan Nabi dengan pelarian Rohingya. Mereka sama ada menganggap kenyataan itu menghina Nabi atau istilah pelarian tidak tepat.
Tetapi isu kemanusiaan yang cuba dibangkitkan Mat Sabu tak dipedulikan langsung. Selama ini kisah hijrah Nabi dijadikan contoh teladan bagaimana Kaum Ansar menerima dengan hati terbuka Kaum Muhajirin yang diancam keselamatan dan nyawa jika terus tinggal di Madinah. 
Jijik sungguh membaca komen2 di media sosial yang menganggap Nabi bukan pelarian, yang mana Madinah menjemput Nabi untuk menjadi pemimpin.

Sunday, June 28, 2020

Hanya Janji

Tiada akad bertukar salam
Tiada kontrak bertanda tangan
Tiada duit sebagai hantaran
Tiada majlis restu dan doa

Hanya erat tangan digenggam
Hanya nota cinta bertulis tangan
Hanya diri sebagai sokongan
Hanya janji mengikat cinta

Rentas

 Hari ini Ismail Sabri umumkan bermula esok (Isnin) sudah boleh merentas negeri. Perkara pertama aku terfikir adalah untuk telefon Cikgu Dol...