Friday, March 27, 2020

Hari Ke 10 - PKP

Hari ini terjaga pukul 6 pagi. Seperti biasa penggera di telefon berbunyi nyaring mengejutkan aku dan Kairul dari tidur. Kairul bangun bergegas untuk solat subuh. Aku pula putuskan untuk sambung berehat setelah tidur agak lewat malam sebelumnya. Berehat sambil memikirkan situasi yang melanda satu dunia sekarang.

Sudah masuk hari yang kesepuluh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bermula 18 Mac. Petronas Exploration pada 16 Mac telah memilih untuk mengambil pilihan Team A dan Team B yang akan bergilir-gilir seminggu setiap kumpulan untuk masuk ke pejabat. Aku di Team A namun aku meminta Naza mengalihkan aku ke Team B agar sama dengan Kairul. Senang mahu bergerak ke pejabat nanti. Tambah agak "beat the purpose jika tinggal serumah tapi berlainan waktu ke pejabat, tentulah akan mendedahkan risiko lebih kepada Covid 19.

Malam Isnin Kairul mengajak pergi membeli barang2 makanan, memandangkan kemungkinan ada lockdown yang akan mengganggu bekalan. Selepas maghrib kami naik kereta pergi ke Pasaraya Hero. Memang aku jangka akan ramai orang, tapi tak ku sangka ramainya sehingga pihak Hero mengawal kemasukan pelanggan. Adalah dalam 6 orang sedang beratur untuk masuk sambil ku intai kedalam memang penuh pasaraya itu. setelah menunggu 5 minit, barisan seperti tidak bergerak aku cadangkan kami pergi ke Aeon Big Ampang. Keadaan di Aeon Big juga agak penuh. Panic buying katakan tetapi memandangkan kawasan yang luas, masih ada ruang untuk pergerakan. Kami membeli barang2 yang dirasakan perlu, kebanyakannya barangan kering, juga barang2 untuk buat kek. Telur kami ambil dua papan, pertama kali aku beli telur ayam sebanyak itu. Keadaan terkawal, tidak ada suasana panas orang berebut membeli barang2. Cuma sewaktu membayar, barisan untuk ke kaunter bayaran menjulur sampai ke belakang ruang belakang. Tak ku sangka aku akan melalui perkara sebegini sepanjang hidupku.

Panjang barisan untuk bayar

Menjelang 17 Mac selepas pengumuman PKP oleh PM, Emi mengeluarkan emel menggesa semua kerja dari rumah, tidak kisahlah Team A atau Team B. Aku menyambut baik perkara itu. Walaubagaimanapun ada juga bos yang masih ingin mengekalkan susunan Team A dan Team B dengan alasan "kritikal". Entahlah, mungkin dia risau operasi kerja akan terganggu, atau mungkin memang tidak percaya pada staf untuk bekerja di rumah. Malamnya kami mencuba resepi kek Taiwan Castella (kek span Taiwan). Pertama kali baking, tapi tiada mixer. Hanya ada pemukul manual. Hasilnya ok, cuma kek tidak naik cantik. Mungkin lambat campur setelah dipukul kata Kairul menyebabkan udara2 dalam sebatian terkeluar dahulu. Rasanya masih sedap, seperti bingka pun ada rasanya.

18 Mac 2020. Hari pertama PKP sebenarnya terasa seperti hujung minggu kerana tidak perlu ke pejabat. Cuma bekerja di rumah memerlukan disiplin lebih lagi. Nasib baik memang ada satu monitor yang Kairul beli untuk aktiviti pelaburannya. Kami bergilir2 menggunakan monitor. tengah hari itu Kairul masak Spaghetti sardin. Malamnya aku pulang ke Shah alam kerana esoknya mak ada temujanji bertemu pakar hati di Hospital Selayang. Perjalanan pulang memang sengaja kupilih MRR2 Kesas kerana mahu elak roadblock. Memang kereta kurang, tapi perjalanan lancar. Harapnya sampai habis PKP tiadalah roadblock di MRR2 Kesas ini.

19 Mac 2020. Perjalanan ke Hospital Selayang lancar berbanding 9 haribulan lepas yang tersilap tarikh itu. Memang kereta sedikit. Keadaan di hospital juga tidak terlalu padat. Diantara kerusi menunggu diletakkan pelekat putih merah menandakan perlunya jarak antara individu. setiap yang mendaftar juga diwajibkan mengenakan hand sanitizer. setelah menunggu dalam 15 minit, nombor mak dipanggil. Doktor Haslina nama pakar yang kami temui. Baik orangnya, lemah lembut dan nampak prihatin. Doktor tidak membuat pemeriksaan rapi kerana keadaan mak yang sukar untuk bergerak tetapi berdasarkan perbualan, dia menyimpulkan hati mak memang sepatutnya buat transplant tapi ada dua syarat; umur 65 tahun ke bawah dan tidak obese. Mak tidak menepati syarat kerana obese dan kencing manis. Doktor memberikan ubat antiviral yang harga di pasaran adalah mahal. Pulang sahaja di Shah Alam dalam pukul 10.30, aku bersiap pulang ke Ampang. Tengah hari itu aku masak kicap tuna tumis kacang boto dan goreng tempe..



Sunday, June 23, 2019

Pelukan


Keheningan yang kita kongsi,
Tatkala mata bertentangan,
Bagaikan dunia tiada isi,
Hanya kau-aku dalam pelukan.

Friday, May 03, 2019

Fun afFair

Ribuan lampu berwarna warni menghiasi padang besar fun fair yang terletak dibelakang econsave. Aku lihat ferris wheel berpusing dengan kelipan mentol-mentol, juga kuda2 berpusing membawa kanak2 riang tertawa. Lagu rancak berdentum memeriahkan suasana membuat pengunjung seakan mahu menari. Dari parking kami berjalan melepasi pagar kecil, melihat permainan permainan yang memerlukan token satu atau dua.

Kami memilih bermain dihujung sekali. Dua token membolehkan kami mendapat 4 tin air. Konsepnya mudah, ada 8 warna di kaunter hadapan. Setiap warna ini mewakili warna yang sama dengan bola2 yang dilepaskan di dinding. Warna bola yang pertama jatuh masuk ke dalam lubang dikira sebagai warna pemenang.  Kami perlu meletakkan tin air atas warna pilihan. Satu tin air akan menjadi 6 tin jika menang. "Beginners luck" mungkin, warna yang kupilih menang. Aku tak ingat berapa kali aku main, tetapi paling banyak aku dapat 24 tin air. Hujungnya selepas mungkin dalam 10 kali bermain, aku berhenti. Tin air itu boleh ditukarkan kepada benda lain seperti patung mainan. Aku memilih patung anjing husky (bersamaan 13 tin air). Dengan baki 6 tin aku  bawa pulang.

Usai permainan itu kami naik ferris wheel. 2 token seorang. Kami sahaja yang  naik. Terakhir ferris wheel aku naik adalah semasa sekolah rendah dahulu. Teruja kerana lama juga pusingan kami naik. Sempatlah untuk beberapa kucupan ketika kotak kami berada paling atas, perkara yang tak pernah aku bayangkan. Bulan sabit kecil malam itu, melengkapkan pemandangan indah di awangan untuk mataku, sempurna melihat dia. Turun ferris wheel, kami agak keberatan untuk mencuba ride yang seperti bilah kapak itu. Baru minum xing fu tang, tentulah perut penuh, mahunya nanti termuntah. Tapi alang2, kami naik juga. Mula2 kami sahaja naik, kemudian ada pasangan cina naik sekali di belakang kami. Sewaktu ride bermula, aku jadi sangat teruja. Ketawa terbahak bahak aku untuk 4 pusingan, termasuk pusing 360 darjah. K pula menjerit tak henti2, literally menjerit. Selepas pusing kelima aku mula rasa pening, dan ada sedikit rasa loya nak muntah. Pasangan belakang kami diam sahaja. Tak tahulah takut ke atau sudah biasa. Terasa lama yang amat ride itu. Usai sahaja aku perasan diriku berpeluh2 dengan rasa loya sedikit. Tapi aku kembali ketawa, dan mengusik K akan jeritan tanpa hentinya.

Indah, mungkin inilah kebahagiaan yang selalu diperkata.


Thursday, February 07, 2019

Sri Lanka

Aku dan nizam mendarat di lapangan terbang antarabangsa Brandaraneika, Colombo pada pukul 9.45 malam, awal 15 minit dari waktu asal. Proses imigrasi lancar. Sewaktu keluar dari pagar imigrasi, kedai2 elektrik sepanjang laluan ke tempat mengambil beg menarik perhatian kami. Tak pernah nampak di lapangan terbang ada kedai elektrik duty free yang menjual barang seperti tv dan mesin basuh. Keluar sahaja dari pintu kastam, terlihat nama aku dipegang oleh seorang lelaki berbaju merah. Sedikit berisi. Setelah berkenalan, Manju pemandu kami, aku dapati dia seorang yang rendah diri, becok sedikit denga bahasa inggeris yang bagus. Umur 42 dengan dua anak lelaki masih bersekolah rendah. Nizam beratur membeli simkad Dialog yang dicadangkan oleh promoter kedai duty free didalam terminal tadi. Kami kemudian lepak minum kopi sementara menunggu aisyah yang dijadual sampai pukul 11.30 malam menaiki MAS. Kedai kopi ringkas, dengan teh and kopi menggunakan mesin nescafe. Aisyah keluar dari pintu pukul 12.15 malam, dengan beg tariknya yang besar. Usai berkenalan dengan Manju, kami bergegas ke kereta. Kami menggunakan khidmat pemandu peribadi kerana lebih mudah untuk bergerak, boleh pergi jauh dan boleh berkongsi kos untuk lebih jimat. Kami dapat van toyota Hiace yang sangat besar dan selesa untuk 4 orang. Rancangan asal adalah untuk terus ke Sigiriya. Walaupun sampai awal pagi dalam pukul 5 pagi, kami fikir tidur sahaja dahulu dalam van. Sewaktu baru bergerak meninggalkan lapangan terbang, Manju mencadangkan agar kami tidur di rumahnya dahulu dan bergerak ke Sigiriya awal pagi dalam pukul 5 kerana dari rumahnya ke Sigiraya dalam 2
jam. 


love-hate

Love-hate relationship, the epitome of our connection to the world and its inhabitants. Haha. For me KL always invokes a longing, towards something that i can never truly explain, or understand for that matter. Am i truly belong? Or just a transit that never meant for me? I cherish my freedom living alone, yet sometimes i crave the company. The longing sometimes translate to the man that i want to be, whereas now i have become the very man that i hate. I want to change the world, but hardly change myself.

Tuesday, November 06, 2018

Berpaut Jejari

aku ingin memaut jejarimu kemas
dikhalayak ramai memandang
tanpa malu, tanpa ragu.




Friday, October 05, 2018

Hotel Pilgrims, Kathmandu

Hidup sentiasa bergerak. Setiap pagi adalah matahari yang baru. Awal dinihari perlu dikejutkan dari tidur. Kadang mandi kadang tak. Barang2 perlu dikemas rapi didalam bag. Baju hari itu perlu dipilih malam sebelumnya.

Hidup seorang musafir. Begitulah gamaknya.


Rentas

 Hari ini Ismail Sabri umumkan bermula esok (Isnin) sudah boleh merentas negeri. Perkara pertama aku terfikir adalah untuk telefon Cikgu Dol...