Monday, January 18, 2016

18 Jan

Pada ketika dan saat ini,umur 30 dengan pengalaman bekerja 7 tahun, adalah menjadi suatu perkara yang
merepek jika aku memikirkan persepsi orang lain terhadap aku adakah baik atau tidak, adakah perbuatanku itu
akan membuatkan orang lain berprasangka buruk terhadapku aku dan perlukah aku berusaha untuk kelihatan
bersungguh sungguh dalam membuat sesuatu perkara?
Perkara di atas bermain dalam fikiranku pada pagi tadi semasa aku membuat keputusan untuk mengambil cuti
sakit kerana perutku masih meragam, dengan 3 kali bangun sepanjang malam kerana cirit birit. Aku takut juga
jika Kak Zarita menganggap aku menipu menyatakan sakit perut, tetapi kenapa aku perlu menipu diri sendiri jika
itu memang hakikatnya. Hafiz, awak dah besar. Tolonglah jadi matang.
Aku pergi ke Poliklinik Annisa jam 9.30 pagi dan seperti biasa doktor lelaki muda yang aku syak sedang membuat
locum, memberi aku ubat cirit birit, tahan muntah dan angin. Walaupun dekat dengan rumah ibu bapaku, kereta
kuluncurkan kembali ke rumah ngah. Oh, sebelum itu aku singgah makan roti boom di mamak sebelah
Pasaraya Sinar Wawasan dan nampaknya roti boom itu adalah antara yang tersedap aku pernah nikmati.
Aku akan kembali.
Sementara menunggu tengah hari aku menonton The Skeleton Twins lakonan Kristen Wiig dan Bill Hader
yang berkisarkan tentang kembar tidak serupa yang memiliki “suicidal tendency”. Babak dimulakan dengan
keduanya cuba membunuh diri, di tempat yang berasingan. Secara keseluruhannya aku suka filem itu, kerana
subjeknya yang dekat dengan diri aku. Kesunyian. Kesunyian itu boleh terjadi pada sesiapa pada mana mana
keadaan. Adakah aku sunyi sekarang? Ya terutamanya apabila tidak ramai kawan kawan yang aku boleh lepak
bersama. Aku selamat kerana mempunyai ibu bapa serta adik beradik dan anak buah yang boleh mebuatkan
masa aku terisi. Aku cuba untuk membuat projek projek baru serta rutin baru seperti menulis jurnal ini.
Semoga semuanya ok sahaja. 

Sunday, January 17, 2016

17 Jan

Hari ini dimulakan dengan larian 10 km Shah Alam Night Run, flag off di dataran kemerdekaan Shah Alam pada
jam 2 pagi. Ya, 2 pagi. Aku sebenarnya tidak berdaftar untuk larian ini, sesuai dengan hasrat untuk mengurangkan
menyertai larian larian dan hanya menumpukan pada larian besar dan 42 km ke atas sahaja. Tetapi Firdaus
Mohamad rupanya sudah mendaftarkan diri seorang sahaja dan aku berasa kenapa tidak menemankan dia
untuk berlari, sementalahan aku menawarkan dia tidur di rumah ngah, takut takut bahaya memandu pulang ke
putrajaya setelah penat berlari awal awal pagi. Akhirnya aku crash larian itu. 10 km dengan masa 1 jam 5 minit,
bukanlah masa terbaik dan jauh dari sasaran untuk bawah satu jam. Tetapi agak puas hati kerana aku tidak
pernah berlari di kawasan Shah Alam.
Usai larian kami lepak makan di mamak seksyen 20, manghadam megi goreng dan air tembikai laici. Satu
keputusan yang tidak tepat kerana apabila aku bangun jam 9 pagi, perut mulai meragam. Kemudian aku pergi
makan nasi lemak di warung pak ayub, satu lagi keputusan tidak bijak kerana selepas sahaja aku makan nasi
lemak itu, aku muntah muntah dan perut berbunyi bunyi. Sah lah aku salah makan. Tapi dek kerana penat, aku
terus tidur semula dari jam 11 hinggalah 4 petang. Perut masih meragam dengan cirit birit. 

Aku berasa beruntung kerana masih punya mak ayah untuk mengadu sakit pening, masih megambil berat hal
aku dan menjadi tempat menumpang manja. Tak dapat ku bayangkan masa akan datang hidup tanpa mereka.
Tak dapat aku bayangkan.

Saturday, January 16, 2016

16 Jan

Malam semalam semasa baring di sebelah mak sambil menonton TV1, tersiar rancangan jalan jalan Malaysia
yang pada episode kali ini pergi ke Tanjung Karang dan melihat proses penanaman padi. Mak mula bercerita
tentang pengalamannya di waktu kecil menolong embah. Padi pada awalnya akan disemai di satu ruang die
tepi rumah. Apabila besar sedikit, anak-anak padi itu akan dipindahkan ke satu kawasan kecil di tepi sawah
sebelum menjadi lebih besar. Sampai pada satu satu ketinggian, barulah pokok pokok padi itu akan disemai di
kawasan bendang menggunakan kuku kambing. Proses dari rumah ke bendang ini dipanggil “merandit?”. So cool.
Tengah hari tadi aku dan adik pergi ke hospital untuk adik mengambil bil dan membawa pulang motor yang di
parker dari hari jumaat. Oh, Fatiha sudah selamat dibedah dalam proses membuang cyst. Parut cesar hari itu
dibuka kembali untuk pembedahan kali ini. Ouch.
Dalam perjalanan ke hospital, aku memberitahu adik tentang rancangan hazwan and co, projek kain uda dara
textile. Adik nampak berminat dan mencadangkan untuk membuat baju dari kain kain yang dibeli. Adik
memberitahu tentang orang Bangladesh yang mengambil upah menjahit baju di Damansara. aku lega kerana
nampaknya tidaklah aku terkial kial untuk menjual kain kain itu nanti.

Malamnya aku memberitahu Hazwan melalui whatsapp tentang rancangan aku. Hazwan mencadangkan agar
adik aku turut ikut serta di dalam uda dan dara textile. Annas juga sebelum ini ada mencadangkan perkara
tersebut iaitu menjadikan kain itu baju. Aku sebenarnya agak keberatan untuk memasukkan adik aku kerana
aku fikir sudah terlalu ramai dalam joint venture ini. Sekarang ini sahaja sudah ada 10 orang. Susah menguruskan
terlalu ramai orang. Melainkan jika mereka hanya ahli lelap.

Thursday, January 14, 2016

Reboot

Hari ke empat berada di tingkat 16, menara 1 MPM. Aku mula berasa takut semasa nadhirah mula menceritakan tentang kerja-kerja di EPBD. Semuanya surat surat rasmi, memo, turun naik meminta tanda tangan, berjumpa peguam dan finance dan macam macam lain perkara yang melibatkan governance.
Cuak.

Aku tidak tahu rasa cuak itu kerana aku telah terbiasa dengan gaya kerja di Carigali ataupun kerana aku memang tidak suka membuat kerja kerja governance ini. Seperti biasa untuk menyedapkan hati, aku fikirkan ini adalah untuk belajar dan harapnya aku dapat belajar tentang pengurusan MPM.
Harapnya.

Hari ini juga dunia dikejutkan dengan pengeboman dan tembak menembak di tengah tengah kota Jakarta. Belum ada lagi pihak yang mengaku bertanggungjawab. Tetapi selepas pengeboman di turki yang tidak sampai dua hari, nampaknya ramai pihak merasakan ISIL ada kaitan dan cuba menyerang balas Negara-negara di seluruh dunia.
Keganasan.

Kesinambungan dari lawatan ke pusat tahfiz al sagoff, hari ini aku lihat ada iklan untuk BBW hujung bulan ini. Boleh lah kiranya untuk aku memborong buku-buku di sana nanti. Sekarang ini aku masih berfikir cara paling sesuai untuk mengumpul dana dan siapa yang aku boleh ajak untuk turut serta dalam program ini. Semoga program ini tidak separuh jalan dan dapat aku siapkan menjelang hujung bulan februari.

Dan akhirnya aku beli juga sebuat laptop untuk aku serius dalam penulisan. Aku kira menulis jurnal adalah satu permulaan yang baik. Usai waktu pejabat jam 6 petang aku terus menuju ke low yat untuk mencari laptop. Hasil perbincangan dengan acap, dia mencadangkan model Lenovo, yang sememangnya aku juga berasa yang sama kerana aku tahu Lenovo adalah di tempat pertama dalam penjualan laptop di dunia.

Sesampainya aku di low yat dan naik melalui lif ke tingkat 2, aku terus pergi ke kedai yang berdekatan dengan lif. Kelihatan beberapa orang cina dan seorang melayu sedang berdiri dan memanggil-manggil oranng yang lalu lalang. Lelaki melayu itu sebaik sahaja terpandan aku terus bertanyakan tujuan aku. Aku dengan gaya ragu ragu memberitahu yang aku mahukan laptop full hd, dengan julat harga 2000 lebih. Dia lalu mencadangkan Z40-75 yang berharga 2499.

Jam sudah 11.51 am. Dipendekkan cerita aku akhirnya berjumpa dengan kedai yang menawarkan 1840 ringgit. Terus aku beli. 

Sunday, December 28, 2008

Manchester

We woke up late today, not that late but considering to catch bus at 10.30 am to Manchester, waking up at 8.30 am is considered late. Me, Pejal, Ihsan and Raihan went to Paddington Station to meet lynn and CK. CK was "emo" and i did not asked her whysince she is known for her act (remember Japan?). We kinda rushing since we need to travel from Paddington Station to Victoria Station, and we finally arrive there at 9.50 am. we managed to board the bus at 10.28 am.

The bus is double decker, we decided to sit at the upper deck. I sat alone at first, but after awhile Ihsan sat next to me because the person who sat behind him does not allow Ihsan to lean his seat.

One thing i noticed about the Londoner was that they are not as nice as Minnesotan. Rude, cut queue and rather snobbish can be seen throughout the city. There are various ethnicity and white people seem the minority here. Guess i kinda miss Minnesota...

Halfway i sat next to Pejal so he can tell me about Manchester United's players. He explained in details about the team and its players. i can see how he really love the team from the way he talks.

The scenery throughout the bus journey was as i expected. Villages "Sommerset" - green fields with old style English houses.

We arrived around 4.00 pm and Manchester Bus Terminal. There Farah and Hazwan waited for us. Farah is Lynn's cousin while Hazwan is Rashdan's friend, who is Pejal's friend. Hazwan bring us to Rashdan's place. Rashdan was at a meeting so the house was empty. A decent house with 3 bedrooms shared by 5 people. from the house condition, i deduced that Rashdan is "usrah" people. I remember Hadi told us that there ar 3 kind of people in UK, the Usrah, UMNO and "yang biasa2".



Friday, December 26, 2008

London

Finally, London!!! Touchdown at around 7.30 am in Heathrow. It was a very cold morning actually, i never thought London can be that cold. Everyone including Saiful was there. Heathrow terminal was rather small, not as big as i imagine it should be. The scene in Love Actually should have been edited i guess, or used other terminal.

We took the oyster card that can be used in tube and bus in London. Saiful told us about it. London was cold the wind chill gave me a tingling sensation. I did not expect it to be this cold, though Minne is much colder.

We took the tube and went to Paddington Station where Hadi lives. It's been a long time since i saw Hadi at KMB. I was not that close to him but he is so nice to let us stay at his place.We lepak at Hadi's place because Naeim's friend and Lyn's cousin were not available that afternoon. We put our luggage at Hadi's place and went out to halal restaurant. Since i want to save money, i end up ordering cheeseburger, one o the cheapest meal there. i hope i can discipline enough not to overspend.



Thursday, December 25, 2008

The Last Day in Minne

Waktu-waktu terakhir di Minne: clueless.
Tidak tahu sebenarnya apa yang perlu dibuat untuk menghargai saat saat terakhir di sini. Selepas selesai mengemas barang, aku lepak di bilik Pejal, for the last time. Sewaktu subuh masuk, aku mahu solat subuh berjemaah kali terakhir di Minne, jadi aku ajak Pejal solat bersamaku.

Flight kami dijadual pada 5.15 petang. Kode dan Aruk tolong hantar ke airport. Sewaktu berkemas dan meletakkan beg dalam kereta, Munzir tiba tiba muncul dengan basikal meredah sejuk.
It was rather a fun ending for my life in Minne, with laughter and joy. Aruk gave a big hug and told me how thankful he was for all my helps.

It was weird though, because I did not feel the sadness to leave Minne. Maybe due to the fact that i will travel to Europe that makes me feel excited and delightful.

In the flight, i was sitting next to and old man. Didn't feel the urge to talk to the man so i just kept silence throughout the journey. I noticed that next to Pejal seat was empty but not sure whether there is people or not seating there.


Rentas

 Hari ini Ismail Sabri umumkan bermula esok (Isnin) sudah boleh merentas negeri. Perkara pertama aku terfikir adalah untuk telefon Cikgu Dol...