Friday, November 17, 2006

Aku tak mengerti

apa salahkah setiap tuduhan?
apa hinakah setiap kecaman?
apa zalimkah setiap seksaan?

atau benarkah setiap yang tak terucap,
terzahir dari perlakuan, yang seringkali menyesatkan?

perlukah ada pembalasan,
hanya untuk membenarkan laku yang sama?



Thursday, November 09, 2006

Pelangi

"seperti pelangi yang indah,
membahagiakan bila dipandang,
tapi takkan pernah dapat dimiliki,
dikejar-kejar serasa jauh,
digapai-gapai takkan tercapai,"

itu pandangan realist,
tapi seorang idealist melihat pelangi lain,

"sebagai harapan yang membahagiakan,
menceriakan disaat hujan renyai-renyai,
walau sekejap tapi cukup bermakna,
tak tergapai bukan alasan untuk bersedih,
lantaran memiliki secara zahir bukanlah kebahagiaan mutlak,
kerana semuanya anugerah,
dan kita tak pernah memiliki apa-apa."

Tuesday, October 03, 2006

Daun Gugur Lagi

orang kata, dalam banyak-banyak musim, musim luruh paling cantik.
cantik sebab dapat lihat daun-daun bertukar warna.
ada yang kuning, merah, hijau cair, malah ada yang bertona.
dan dapat juga lihat daun-daun gugur di laluan pejalan kaki,
dapat dengar bunyi daun kering yang dipijak.
bising, tapi mengasyikkan.

orang juga kata, musim luruh walaupun cantik, tapi tiada seri.
dingin semakin kuat mencengkam tubuh.
matahari juga sudah malu-malu mahu keluar.
kelibat manusia sudah jarang kelihatan, tidak seperti musim panas.

mungkin kerana musim luruh ini pun sudah namanya luruh,
jadi apapun yang hendak orang katakan,
daun-daun akan tetap luruh bersama suasana yang cukup sukar untuk aku mengerti.
yang pasti, musim akan terus berganti musim.
cuma yang aku fikirkan, kenapa, dalam sebuah musim, perlu ada kecantikan yang tiada seri?
atau cuma aku, yang tak tahu menilai?



Tuesday, September 19, 2006

Musim panas yang lalu.

semusim yang berlalu memberi seribu pengertian yang sukar untuk aku ungkapkan.
aku temui cinta, aku hilang cinta,
aku temui cinta kembali, lalu cinta itu hilang semula.
aku nikmati keceriaan, aku harung kesempitan,
aku puja gembira, akhirnya aku sedih berduka.
aku letakkan harapan untuk aku musnahkan,
aku tiba-tiba mengharap, tapi untuk harapan yang tak selayaknya wujud.
aku semangat merenung diri, kemudian luntur,
aku bangkit hanya akhirnya untuk aku rebah kembali.

p/s: sajak ini kedengaran cukup dangkal bagiku, mungkin saja aku tidak bersedia untuk menulis lagi...

Rentas

 Hari ini Ismail Sabri umumkan bermula esok (Isnin) sudah boleh merentas negeri. Perkara pertama aku terfikir adalah untuk telefon Cikgu Dol...