Tuesday, October 03, 2006

Daun Gugur Lagi

orang kata, dalam banyak-banyak musim, musim luruh paling cantik.
cantik sebab dapat lihat daun-daun bertukar warna.
ada yang kuning, merah, hijau cair, malah ada yang bertona.
dan dapat juga lihat daun-daun gugur di laluan pejalan kaki,
dapat dengar bunyi daun kering yang dipijak.
bising, tapi mengasyikkan.

orang juga kata, musim luruh walaupun cantik, tapi tiada seri.
dingin semakin kuat mencengkam tubuh.
matahari juga sudah malu-malu mahu keluar.
kelibat manusia sudah jarang kelihatan, tidak seperti musim panas.

mungkin kerana musim luruh ini pun sudah namanya luruh,
jadi apapun yang hendak orang katakan,
daun-daun akan tetap luruh bersama suasana yang cukup sukar untuk aku mengerti.
yang pasti, musim akan terus berganti musim.
cuma yang aku fikirkan, kenapa, dalam sebuah musim, perlu ada kecantikan yang tiada seri?
atau cuma aku, yang tak tahu menilai?



Tuesday, September 19, 2006

Musim panas yang lalu.

semusim yang berlalu memberi seribu pengertian yang sukar untuk aku ungkapkan.
aku temui cinta, aku hilang cinta,
aku temui cinta kembali, lalu cinta itu hilang semula.
aku nikmati keceriaan, aku harung kesempitan,
aku puja gembira, akhirnya aku sedih berduka.
aku letakkan harapan untuk aku musnahkan,
aku tiba-tiba mengharap, tapi untuk harapan yang tak selayaknya wujud.
aku semangat merenung diri, kemudian luntur,
aku bangkit hanya akhirnya untuk aku rebah kembali.

p/s: sajak ini kedengaran cukup dangkal bagiku, mungkin saja aku tidak bersedia untuk menulis lagi...

Thursday, August 31, 2006

kosong

habis sudah bicara untuk ku tawarkan waktu,
hilang sudah rindu untuk ku dambakan temu,
rosak sudah ceria untuk ku lontarkan jemu..

Tuesday, August 22, 2006

rest in peace my beloved friend....


semoga ditempatkan bersama-sama mereka yang Engkau kasihi....
Abidah Adam
1986-2006
al-fatihah

Friday, July 21, 2006

Eye to Eye














look into my eyes and tell me what you see
you don't see a damn thing cause you can't possibly relate to me
you're blinded by our differences, my life makes no sense to you
i'm the persecuted Palestinian, you're the red, white and blue

each day you wake in tranquility, no fears to cross your eyes
each day i wake in gratitude, thanking God He let me rise
you worry about your education, and the bills you have to pay
i worry about my vulnerable life, andif i'll survive another day



your biggest fear is getting ticketed as you cruise your cadillac
my fear is that the tank that just left will turn around and come back

Gihad Ali

Wednesday, July 19, 2006

Lelaki

aku hanya mahu jadi lelaki yang tak kenal apa itu takut,
yang cuma meredah hutan liar dan menyelam di laut sengsara.

aku hanya mahu jadi lelaki yang tak tahu apa itu dayus,
yang cuma turut berjuang dan benci pada kepuraan.

aku hanya mahu jadi lelaki yang tak tahu apa itu hiba,
yang cuma tersenyum sewaktu diuji dan gagah nelawan musuhnya.

aku hanya mahu jadi lelaki, yang tahu apa ertinya menjadi seorang lelaki.

Rentas

 Hari ini Ismail Sabri umumkan bermula esok (Isnin) sudah boleh merentas negeri. Perkara pertama aku terfikir adalah untuk telefon Cikgu Dol...